Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Mengukir Keajaiban: Naga Gergasi Setinggi 60 Kaki Sambut Pengunjung Suria KLCC

by Phic ARMAN
January 21, 2024
Share on Facebook

Suria KLCC, pusat perbelanjaan mewah dan landmark ikonik di Kuala Lumpur, Malaysia, kembali menyinari suasana dengan sambutan Tahun Baru Cina yang meriah. Melalui serangkaian acara dan dekorasi megah, Suria KLCC berhasil menghembuskan nafas segar melalui sambutan Tahun Baru Cina yang interaktif buat para pengunjung.

Kali ini Suria KLCC mengangkat zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ yang  berlangsung mulai 12 Januari hingga 18 Februari 2024. Sambutan megah kali ini membawakan reka bentuk budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 yang juga dikenali sebagai “Paris of the Orient”.

Satu hal yang menjadi daya tarik utama adalah di ruang ‘Centre Court’ Suria KLCC yang mempersembahkan dekorasi ‘Old Shanghai’ dahulu kala yang dihiasi dengan kedai-kedai dua tingkat tradisional.

Antara pengalaman yang menarik, pengunjung dapat mengimbau pelbagai replika binaan termasuk kedai pakaian yang dihiasi indah yang mempamerkan seni reka cheongsam selain daripada sebuah restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional sempena sambutan makan malam tahunan.

Dekorasi Tahun Baru Cina kali ini juga turut mempamerkan sebuah beca dan juga kereta retro dan vintaj untuk dijadikan sebagai prop mengambil gambar selain daripada projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang menggamit jiwa juga turut dipamerkan.

Replika naga 3D setinggi 60 kaki

Suasana Tahun Baru Cina di Suria KLCC semakin memukau dengan kehadiran replika naga 3D  setinggi 60 kaki yang memancarkan keindahan di sini.

Topik Berkaitan “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

Replika naga yang setinggi 60 kaki ini tidak hanya menjadi daya tarik visual yang luar biasa, tetapi juga merupakan simbol tuah dan kekuatan dalam tradisi Tionghoa. Dengan warna-warna yang girang dan reka bentuk yang memukau, replika naga tersebut menghadirkan suasana Tahun Baru Cina yang lain daripada yang lain.

Pengunjung boleh menikmati persembahan tarian akrobatik singa yang akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 5 petang di Esplanade KLCC, dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ setiap hari Sabtu pada jam 2 petang sepanjang tempoh kempen.

Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna. Para pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC yang berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif Suria KLCC.

Kemeriahan tidak terhenti disitu apabila para pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah
RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan yang bernilai RM100. Tawaran eksklusif
ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.

Jom ke ramai-ramai ke Suria KLCC sekarang, boleh ambil gambari cantik-cantik di sini sempena Tahun Baru Cina.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
suria Klcc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara