Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Meow Island Pahang Tempatkan Lebih 60 Ekor Kucing!

by Khai Azfar
August 28, 2019
Share on Facebook

Ada peminat kucing disini? Jika ya, pastikan lokasi ini berada dalam senarai kunjungan anda kelak. Buat anda yang tidak tahu, di Pekan, Pahang terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Meow Island atau Pulau Kucing.

Terdapat Lebih Dari 60 Ekor Kucing

Dibuka sejak tahun 2013, siapa sangka di pulau ini terdapatnya lebih daripada 60 ekor kucing yang terdiri daripada pelbagai jenis.

Baru-baru ini, perkongsian yang dibuat oleh seorang netizen, Ridzuan Khalid tular di media sosial apabila Ridzuan yang juga seorang pensyarah di Kolej Komuniti Rompin bersama pelajar-pelajarnya telah terlibat di dalam aktiviti kebajikan di Pulau Kucing ini.

Di situ, mereka telah mendirikan sebanyak 5 buah rumah baharu untuk kucing-kucing ini diami kelak.

” Sebenarnya saya dan pelajar-pelajar terlibat dalam program pelestarian Pulau Kucing Pekan Pahang yang mana program ini telah melibatkan semua kolej komuniti di Pahang. Disitu kami berkesempatan untuk mendirikan sebanyak 5 buah rumah untuk kucing-kucing ini tinggal di situ kelak”

Untuk Selamatkan Kucing-Kucing Terbiar

Menerusi carian kami, difahamkan ianya merupakan cetusan idea Allahyarham Tengku Lokman Nadzira Tengku Husin yang bertujuan menyelamatkan kucing jalanan yang tidak terurus selain memberi pendedahan kepada individu yang berminat untuk menimba ilmu penjagaan haiwan itu. Selepas pemergian Allahyarham, pulau itu kini diuruskan oleh isteri dan keluarganya.

Menariknya disini, dengan bayaran masuk sebanyak RM3 bagi dewasan dan RM1 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. pengunjung boleh bermain sepuas-puasnya bersama kucing-kucing di sini.

Tidak terkecuali, dua ekor kambing yang cukup jinak juga sedia menanti para pengunjung. Kesemua bayaran masuk disini adalah bertujuan bagi pembiayaan makanan dan pengurusan ‘kebajikan’ kucing-kucing disini. Sebelum ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga pernah mencemar duli ke sini.

Sebagai info, untuk masuk ke pulau ini anda boleh melalui jalan darat dan sekiranya pada waktu air pasang anda boleh menaiki bot bagi menyeberangi sungai di kawasan pulau ini.

Waktu Operasi : Setiap Khamis hingga Selasa
Masa Operasi Bermula pukul 1.00 petang hingga 6.30 petang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Meow IslandMeow Island Pahang
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara