Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Mereka Cuba Torture Kami Lagi Ya Allah”- Kata-Kata Ardell Aryana Sebelum Kapal GSF Ditahan Israel

by Puteri Alia
October 3, 2025
Share on Facebook

“Mereka cuba torture kami lagi Ya Allah.”

Itulah perkataan terakhir yang sempat diucapkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dalam siaran langsungnya dari kapal Mikeno sebelum talian terus dimatikan ketika pengangkutan yang dinaiki dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan tentera Israel sekitar pukul 6 pagi tadi.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, kelihatan tenang namun penuh debar apabila dilihat berzikir beberapa kali dalam video yang dikongsikan, sementara kedengaran suara lelaki dipercayai tentera Israel di latar belakang.

Sebelum siaran langsung itu terputus, Ardell sempat mendedahkan detik cemas apabila tentera Israel memutuskan semua talian internet konvoi bantuan kemanusiaan yang sudah memasuki zon merah menuju Gaza.

“Saya sedang cuba sorokkan telefon saya. Tentera Israel sedang memutuskan semua talian internet. Kami sedang cuba sambung secara luar talian. Saya cuma tunggu peluang untuk siaran langsung semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami,” ujarnya penuh syahdu.

Dalam perkongsian terdahulu, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu turut mendedahkan mesej ugutan yang diterima melalui signal radio daripada tentera Israel kepada flotila lain yang memberi amaran semua sukarelawan GSF bakal dipenjarakan. Namun selepas siaran langsung terakhir sekitar jam 6 pagi, akaun media sosial Ardell tidak lagi dikemas kini, menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatannya.

Sehingga pagi tadi, akaun rasmi Sumud Nusantara Official melaporkan bahawa 15 sukarelawan Malaysia termasuk penyanyi Zizi Kirana, aktivis Heliza Helmi serta pempengaruh Hazwani Helmi sudah ditahan oleh tentera Israel. Perkembangan itu menguatkan lagi kebimbangan keluarga serta rakyat Malaysia yang mengikuti rapat misi tersebut.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim menafikan spekulasi bahawa delegasi Malaysia telah diseksa. Menurut beliau, SNCC menerima laporan kecemasan SOS dari delegasi Malaysia yang memaklumkan terdapat anggaran 10 buah kapal tentera rejim Israel mengepung flotila. Intimidasi pertama berlaku pada jam 1.20 pagi waktu Malaysia terhadap kapal Alma dan Sirius di perairan antarabangsa kira-kira 80 batu nautika dari Gaza.

Nadzmi Adhwa Mengenangkan Nasib Isteri Yang Ditahan 'Israhell'-"Apa Lah Yang Awak Tengah Rasa Ya.."

“Provokasi dilakukan dengan menggunakan water cannon selain mengganggu dan menyekat semua akses komunikasi termasuk CCTV serta siaran radio. Tentera rejim Israel juga telah mengarahkan kapal menukar laluan dari Gaza mengikut arahan radio ke lokasi yang belum disahkan. Namun, tiada laporan bunyi tembakan dan kami menafikan sebarang spekulasi bahawa delegasi Malaysia diseksa,” katanya.

Walaupun kenyataan rasmi cuba menenangkan keadaan, luahan terakhir Ardell dalam siaran langsungnya cukup untuk menggambarkan suasana tegang yang sedang dilalui para sukarelawan. Doa rakyat Malaysia kini terus mengiringi mereka agar segala pengorbanan demi Palestin berakhir dengan keselamatan dan kemenangan.

ardell aryana
https://lomp.at/t431f
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Lokal

Ika Nabella Pernah Diajak ‘Dating’ Dengan Produser Untuk Dapat Watak Heroin Drama

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Ika Nabella turut mendedahkan sisi gelap industri seni sepanjang dirinya bergelar pelakon selepas tular hantaran Adriana Adnan yang pernah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore