Wednesday, August 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Meskipun Diuji Dengan Penceraian, Nabila Bersyukur Dikelilingi Sistem Sokongan Yang Kuat Dan Menghiburkan

by Puteri Alia
September 29, 2023
102
KONGSIAN
Share on Facebook

“Terima kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.”

Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor yang menzahirkan penghargaan buat insan sekeliling yang menjadi sumber kekuatannya apabila diuji dengan perceraian.

Ahli perniagaan itu berkata, ramai individu istimewa menjadi tulang belakang yang membolehkannya mendepani segala dugaan dengan tenang.

“Ucapan kepada sistem sokongan saya yang sangat luar biasa. Terima kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.

“Sangat bersyukur dengan semua ini. Terima kasih juga kepada semua yang menghubungi saya dengan penuh kasih sayang dan prihatin.

“Doa dan kata-kata baik anda sangat bermakna bagi saya. Saya amat bersyukur,” katanya dalam Instagram Story.

Menerusi beberapa siri hantaran lain, wanita yang meraikan ulang tahun ke-39 pada 4 September lalu itu turut memuat naik foto momen istimewa bersama individu penting dimaksudkannya iaitu anggota keluarga serta rakan karib.

Pada 26 September lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu rumah tangga pasangan terbabit kembali hangat diperkatakan apabila didakwa tidak lagi tinggal sebumbung bahkan Noor Nabila mengesahkan bakal mengakhiri perkahwinannya dengan Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan mereka.

Sebelum menikahi Noor Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. 14.

Lelaki berusia 48 tahun itu juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

[VIDEO] Gelagat Noor Nabila Buat Isyarat "L" Pada El Rumi Tuai Pelbagai Reaksi Netizen

Manakala Noor Nabila pula pernah bergelar isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang putera, Jebat Jayden.

engku emrannoor nabila
https://lomp.at/lnt2t
Share41Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem