• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Meskipun Sudah Kembali Rujuk Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Akui Belum Bersedia Hamil Anak Ke-3

by Puteri Alia
December 8, 2023
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa jika rujuk sudah sah dan pasangan kembali sebagai suami isteri, segala tanggungjawab terhadap perkahwinan perlu ditunaikan.

Pastinya, menambah zuriat lagi menjadi satu perbincangan yang sudah pasti di antara suami isteri.

Namun, jarak ideal antara kelahiran dan kehamilan sebaiknya adalah sekitar 2-4 tahun. Ini kerana jarak kelahiran yang terlalu dekat sangat berisiko untuk kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.

Selain itu, jarak kelahiran yang terlalu dekat juga menyebabkan anak berkenaan berisiko dilahirkan sebelum waktunya.

Oleh yang demikian, perancangan yang teliti diperlukan oleh pasangan suami isteri berdasarkan faktor kesihatan, kewangan serta persediaan fizikal dan mental.

Berbahas soal ini, pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan netizen dirinya kini mengandung anak ketiga sebaliknya tubuhnya nampak berisi kerana peningkatan berat badan sebanyak 10 kilogram ketika ini.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, dia kini memang dalam tempoh berselera untuk makan sejak Jun lalu dan perkara itu memang dilaluinya pada setiap tahun.

“Sebelum ini, saya memang susah untuk makan dan naik berat badan kerana seperti yang anda semua tahu mama dan anak saya, Aurora pun memang jenis kurus.

“Bukan saya sahaja, suami, Farid juga bertambah berat badan sehingga mencecah sebanyak 90 kilogram kerana pembantu rumah kami juga suka memasak apa sahaja di rumah.

“Cuma satu sahaja saya berasa terkilan kerana semua jeans sudah tidak muat dan sekarang hanya boleh pakai skirt dan kaftan,” katanya.

Mengulas soal anak pula, kata Diana, dia masih belum bersedia untuk menambah anak kerana mahu memberi fokus pada dua anaknya yang semakin membesar.

“Saya faham niat baik orang yang bila nampak pasangan itu bahagia, mereka akan fikir sama ada saya sudah mengandung bila nampak berisi.

“Tapi hakikatnya, saya masih belum bersedia kerana Aurora baru sahaja berusia 8 tahun dan belum puas jadi anak bongsu,” katanya.

Beralih soal rumah tangga pula, kata Diana, rumah tangganya bersama pelakon Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 42, juga bahagia selepas mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

“Alhamdulillah, keputusan yang kami buat untuk rujuk semula juga berbaloi kerana anak-anak kembali ceria dan prestasi mereka dalam pelajaran juga meningkat di sekolah.

“Pada masa sama, kami masih perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri masing-masing untuk kebahagiaan dalam rumah tangga setiap hari,” katanya.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Farid Kamil Akui Sukar Cari Pengganti Diana Danielle, 6 Bulan Jadi Duda Buka Kedai Motor Elektrik
diana danielle
https://lomp.at/3i1bw
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Mid-Day
Bollywood

Kisah ‘Lejen’ Bollywood, Anil Kapoor Ditampar 17 Kali Oleh Jackie Shroff Kerana Hal Kecil Ini!

by Nurul A.
September 10, 2025

Dua ikon Bollywood, Jackie Schroff dan Anil Kapoor terkenal dengan chemistru luar biasa dalam filem seperti 'Ram Lakhan', 'Parinda' hingga...

Read more
Lokal

NEX & Fattah Amin Bersama Palestin: Satu Botol, Satu Harapan

Pada 17 Oktober 2025, jenama minuman tempatan NEX bersama selebriti Fattah Amin melancarkan kempen khas bertajuk "NEX & Fattah Amin...

Read more
by Aphit J.
September 7, 2025
Lokal

Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

Kalau sebut nama Julia Rais, generasi 90-an mesti senyum panjang. Dialah antara pelakon paling cantik, elegan dan berkarisma yang pernah...

Read more
by Phic ARMAN
October 24, 2025
Lokal

Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Kerana Niqab, Kini Ditawar Semula Dengan Bayaran Berganda

Pendakwah bebas, PU Hariz mendedahkan bahawa isterinya, Neelofa tidak pernah menyesal atau berpatah balik meskipun berdepan kehilangan kontrak pekerjaan bernilai...

Read more
by Puteri Alia
September 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Fara Fauzana Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Penyampai radio, Fara Fauzana berkongsi khabar gembira apabila dia berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung...

Read more
by Naddy Joe
September 4, 2025
Lokal

Nubhan Lafaz Cerai Dalam Kereta, Peguam

Kecoh seketika dunia hiburan bila muncul khabar bahawa penyanyi Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan Ahamad, telah melafazkan cerai terhadap isterinya,...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

Salman Khan Rancang Mahu Timang Anak Melalui Khidmat Ibu Tumpang

Bhaijaan Bollywood, Salman Khan telah mengejutkan peminat dengan pendedahannya yang jarang berlaku dan sangat peribadi. Dalam salah satu temu bualnya,...

Read more
by Nurul A.
October 31, 2025
Lokal

Fara Salleh Berang Shuk Sahar Tidak Jawab Panggilan Mahkamah!-“Kenapa Dengan Kau Ni Iblis?…”

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa berang terhadap suaminya yang didakwa tidak memberikan kerjasama dengan  tidak...

Read more
by Naddy Joe
August 29, 2025
Lokal

Hael Husaini Hadir Dengan Dua Single Terbaharu: ‘Peluk’ & ‘Alangkah’

Penyanyi, komposer, serta storyteller tekenal, Hael Husaini mengubat rindu peminat dengan pelancaran dua buah single terbaharu berjudul “Peluk” (duet bersama...

Read more
by Naddy Joe
August 29, 2025
Foto - @karelsusanteo (IG)
Indonesia

Karel Susanteo Kekasih Baru Anna Jobling? Ini Jawapannya…

Aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila namanya mula dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo....

Read more
by Nurul A.
August 12, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

  2. 2

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  3. 3

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

  4. 4

    [VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-“Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas”

  5. 5

    [VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem