Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Jaga Jarak, Biar Semua Tenang Dulu” – Diana Danielle Akui Elak Berkomunikasi Dengan Farid Kamil Lepas Bercerai

by Puteri Alia
July 30, 2025
Share on Facebook

Pelakon jelita Diana Danielle mengakui bahawa dia kini memilih untuk menjaga jarak dari segi komunikasi dengan bekas suaminya, aktor Farid Kamil, selepas mereka sah bercerai pada Mac lalu. Diana, 34, berkata keputusan tersebut bukanlah kerana benci atau ingin memutuskan hubungan secara mutlak, sebaliknya lebih kepada usaha untuk menyesuaikan diri dengan fasa kehidupan baharu yang masih segar dan memerlukan ruang. Menurutnya, mereka baru sahaja berpisah dan waktu ini adalah masa terbaik untuk bertenang dan mencari semula rentak hidup tanpa perlu terikat dengan kisah lalu.

Diana juga menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang Farid untuk berhubung dengan anak-anak mereka, malah menyarankan agar bekas suaminya itu berkomunikasi secara terus dengan kedua-dua cahaya mata mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Ujarnya, lebih baik komunikasi berkaitan anak dilakukan tanpa perlu melalui dirinya bagi mengelakkan wujudnya unsur manipulasi atau salah faham yang tidak diingini. Fokusnya kini hanya tertumpu kepada kesejahteraan dan rutin harian anak-anak, termasuk jadual sekolah serta aktiviti seperti tuisyen.

Mengulas mengenai kenyataan yang dibuatnya dalam sebuah temu bual podcast baru-baru ini hingga menimbulkan spekulasi netizen kononnya dia masih belum ‘move on’, Diana tampil menjelaskan bahawa rakaman tersebut hanyalah berkisar tentang perjalanan hidupnya secara keseluruhan. Katanya, apabila berbicara tentang kehidupan peribadi, nama-nama yang pernah wujud dalam pelbagai fasa pasti akan disebut, termasuk bekas suaminya. Namun, itu tidak bermaksud dia ingin kembali ke masa lalu atau membuka luka lama.

Topik Berkaitan Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

Diana turut memohon maaf sekiranya perkongsiannya itu menyebabkan pihak lain, terutamanya Farid, berasa kurang selesa atau tersinggung. Baginya, tiada niat untuk mengungkit atau menimbulkan kontroversi, sebaliknya hanya ingin berkongsi kisah hidup secara jujur dan spontan. Sebagai wanita yang kini menjalani kehidupan baharu, Diana mengharapkan masa akan merawat semua luka dan mungkin suatu hari nanti, komunikasi antara dia dan Farid akan kembali seperti biasa, namun buat masa ini, dia memilih untuk menjaga batas dan menghormati proses yang sedang dilaluinya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan pernah bercerai secara dalam talian pada Ogos 2023 sebelum kembali rujuk. Namun, pada 23 Mac lalu, mereka akhirnya disahkan bercerai talak satu buat kali kedua. Kini, dua insan yang pernah berkongsi kasih itu memilih haluan masing-masing demi mencari ketenangan dan kebahagiaan yang baharu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
diana daniellefarid kamil
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara