Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

by Phic ARMAN
February 10, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjelang Olimpik & Paralimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, Samsung sudah mula ‘memanaskan enjin’ dengan cara yang cukup mencuri perhatian. Sebagai rakan kongsi rasmi global temasya berprestij ini, Samsung melancarkan kempen pengiklanan berskala besar di sekitar bandar Milan untuk membawa rasa teruja itu terus kepada orang ramai.

Menerusi mesej utama “Open always wins”, Samsung menukar jalan-jalan utama, dataran serta hab pengangkutan menjadi ruang yang penuh dengan semangat sukan. Penduduk tempatan dan pelancong yang berjalan di bandar ini bukan saja melihat iklan biasa, tetapi dapat merasai aura Olimpik walaupun pertandingan sebenar masih belum bermula.

Visual yang dipaparkan menampilkan atlet duta Team Samsung Galaxy seperti Jacopo Luchini bagi acara Para Snowboard, pasangan adik-beradik Flora dan Miro Tabanelli dalam Freestyle Skiing serta Ian Matteoli untuk Snowboard.

Apa yang menarik, mereka berkongsi detik istimewa perjalanan ke Olimpik melalui gambar ‘Victory Selfies’ yang dirakam menggunakan Galaxy Z Flip7. Ia melambangkan keyakinan, usaha keras dan semangat untuk sentiasa terbuka menerima cabaran.

Kempen ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik yang memang menjadi tumpuan ramai. Antaranya termasuk Duomo di Milano, Bastioni di Porta Venezia, Corso Como- Porta Garibaldi, Pirelli 39, Cadorna, Via San Paolo, Corso Venezia, San Babila – Durini, Largo La Foppa dan juga Palazzo Odeon. Secara keseluruhan, kempen berjalan dari 1 hingga 28 Februari. Namun, paparan di San Babila, Durini akan diteruskan sehingga 15 Mac, manakala di Duomo di Milano pula sehingga 31 Mac.

Bagi MURAI, pendekatan ini nampak ringkas tetapi impaknya besar. Samsung bukan saja mempromosikan teknologi mereka, malah membantu orang ramai rasa lebih dekat dengan atlet dan perjalanan mereka menuju ke pentas dunia. Setiap yang melihat seolah-olah turut sama merasai detik menuju kemenangan.

[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

Bahang Olimpik semakin terasa, dan Samsung sudah pun memulakan kiraan detik dengan penuh gaya di tengah kota Milan.

Milano Cortina 2026samsung
https://lomp.at/28ygb
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Natural Batik Village Kuantan: Masuk Percuma, Pengunjung Boleh Canting Batik Sendiri

by Farah Fatihah
March 15, 2026

Bila berkunjung ke Kuantan, ramai yang terus terfikir tentang pantai atau makanan laut segar. Namun, jika kalian ingin merasai pengalaman...

Read moreDetails
LifeXplore

Akhirnya Kembali! HUAWEI Mate 80 Pro Buat Comeback Dengan 3 Ciri ‘Power’ Ini

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Sudah tiga tahun menyepi sejak kemunculan HUAWEI Mate 50, akhirnya HUAWEI Malaysia umumkan kepulangan siri Mate ke Malaysia. Kali ini...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Monkeys Canopy
LifeXplore

Bukan Sekadar Resort! Monkey Canopy Resort Lengkap Dengan Waterpark, Dinosaur Park & Go-Kart

by Farah Fatihah
March 14, 2026

Bagi mereka yang mencari lokasi percutian yang menawarkan lebih daripada sekadar penginapan, Monkey Canopy Resort di Sungai Long, Selangor mungkin...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara