Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut

by Phic ARMAN
September 9, 2025
Share on Facebook

Setiap tahun, Samsung memang pandai main tarik tali dengan peminat. Kali ini, masuk pula edisi Fan Edition, Samsung Galaxy S25 FE. Konsep dia senang je, nak rasa macam guna flagship, tapi tak payah gadai motor.

Kalau tengok sekali imbas, S25 FE ini memang seiras dengan abang dia, S25 Plus. Bezanya? Ala, beza 0.1mm je tebal badan, pandang sekali pun susah nak perasan. Berat pun sama 190g. Dah macam kembar tak seiras, tapi tetap comel. Pilihan warna pun kali ni menarik, ada empat: Navy, Jetblack, Icyblue dan White. Jadi boleh pilih ikut mood, sama ada nak nampak misteri, klasik atau ceria.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Rekaan & Skrin

S25 FE datang dengan rekaan minimalis, ada kamera “bulat-bulat” kat belakang tu, yang orang masih berdebat cantik ke tak. Skrin dia 6.7 inci AMOLED, refresh rate 120Hz, HDR10+ semua ada. Bezanya, dia tak dapat QHD+ macam flagship, tapi seriuslah, siapa yang nak kira satu-satu pixel masa tengok TikTok?

Bezelnya pun makin slim berbanding S24 FE. Ada chin kecik bawah tu, tapi tak kisah la, telefon ini bukan nak pergi catwalk.

Kamera

Part kamera ini, jangan expect keajaiban Marvel ya. Setup masih sama macam tahun lepas: 50MP main, 12MP ultrawide, 8MP telephoto. Cuma kali ini Samsung janji ada otak AI baru, katanya gambar lebih cun, kulit pun lebih natural. Kita tunggu test betul-betul nanti, bukan test kat event penuh lighting macam studio.

Untuk video, S25 FE sokong rakaman hingga 8K pada 30fps. Kalau nak lebih smooth, ada pilihan Ultra HD dan Full HD dengan frame rate lebih tinggi. Jadi nak buat content cinematic ala YouTuber boleh, nak buat vlog santai pun steady. Tambah pula dengan fungsi AI macam instant slow-mo dan audio eraser, confirm video nampak lebih profesional.

Selfie kamera naik sikit, 12MP. Tapi still tak ada autofocus. So kalau gambar blur, jangan salahkan muka, salahkan kamera.

Chipset & Software

Galaxy AI
Ni part yang paling syok. Sama macam model flagship, S25 FE pun bawa masuk semua fungsi Galaxy AI,  macam instant slow-mo daripada video biasa, generative edit untuk potong photobomber, audio eraser, sampai lah ke Now Brief untuk ringkasan cepat. Bezanya, chipset Exynos 2400 ini tak sekuat Snapdragon. Tapi janji ada, kan?

Bateri & Cas

Samsung bagi bateri 4900mAh, paling besar pernah ada dalam siri FE. Cas pun laju dengan 45W, siap ada wireless charging 15W. Galaxy S25 FE ni memang sesuai untuk sesiapa yang nak rasa hampir sama macam S25, tapi bajet tak sampai. Dari design sampai software, memang ala-ala flagship. Memanglah ada beberapa potongan sini-sana (kamera tak upgrade, chipset bukan Snapdragon), tapi kalau tengok harga nanti… confirm ramai yang terfikir, “Eh, ni dah cukup power kot.”

Harga Malaysia
Inilah part yang semua nak tahu:

  • 8GB + 256GB: RM3,099

  • 8GB + 512GB: RM3,699

Tak dinafikan, bukan murah, tapi bila banding dengan S25 Plus, ini kira “flagship lite” yang masuk akal untuk geng yang nak power tapi bajet ngam-ngam.

Galaxy S25 FE ni memang pilihan solid kalau nak rasa flagship tapi bajet tak sampai Ultra. Rekaan sama bergaya, AI semua ada, bateri besar, kira lengkap untuk kegunaan harian. Kalau ikut MURAI ini macam order kopi latte di kafe fancy tapi bayar harga kopi O ais kat mamak,  rasa premium, tapi poket masih selamat.

[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!
s25 FEsamsungSamsung Galaxy S25 FE
https://lomp.at/1166c
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara