Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Umrah Tidak Berdaftar, Netizen Kongsi Pernah Kena Scam

by Phic ARMAN
January 27, 2023
Share on Facebook

Seringkali kita dihidangkan berita mengenai penipuan pakej umrah oleh pengendali pakej melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit. Sebelum anda memilih pakej umrah yang terbaik pada masa akan datang, anda perlu selidik dahulu pakej umrah yang telah disediakan dan jangan percaya bulat-bulat dengan penawaran yang menarik.

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan pakej pelancongan dan umrah.

MOTAC telah menyiarkan Senarai Amaran Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992. MOTAC menulis, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati memilih syarikat pelancongan.

Anda boleh semak pautan ini, untuk meyemak Senarai Amaran Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992. Gambar di bawah menunjukkan antaran pakej pelancongan yang telah melanggar akta industri pelancongan.

Dalam tweet yang sama, MOTAC juga berkongsi senarai agensi pelancongan berdaftar dibawah MOTAC untuk disemak melalui pautan ini.

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia yang bimbang jika ditipu oleh  agensi pelancongan sekiranya tidak berhati-hati. Malah ada yang berkongsi pengalaman pernah mendapat layanan yang kurang baik oleh agensi pelancongan tertentu ketika menunaikan umrah.

Sebelum ini,  Kementerian Pelancongan Malaysia pernah mendedahkan, ejen pelancongan yang membawa jemaah haji dan umrah semestinya berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), dan dilesankan dalam 2 perkara iaitu: Agensi pengembaraan(ticketing) dan Pelancongan luar negeri (outbound). Sebagai tambahan anda boleh  semak latar belakang agensi tersebut seperti di bawah ini :

  • Senarai lesan syarikat umrah yang telah dibatalkan
  • Senarai Syarikat Tidak Berdaftar dengan MoTAC
  • Senarai Lesen Panduan Pelancong yang Dibatalkan

Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, MURAI MY berharap anda tidak menjadi salah sorang yang menjadi mangsa penipuan oleh agensi pelancongan yang tidak berdaftar. Hati-hati ya!

Amar Baharin Kayuh Basikal 50 Darjah Celcius ke Madinah, Berjaya Sampai Walau Dianggap Kerja Bodoh
MOTACumrah
https://lomp.at/ug9xx
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara