• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

[VIDEO] Melancong Sambil Bekerja? Ini Alasan Kenapa MSI Prestige 13 EVO Pilihan Yang Ideal Untuk Anda

by Phic ARMAN
September 19, 2023
Share on Facebook

Adakah anda seorang travel blogger dan perlu membawa komputer riba anda bersama anda setiap masa? Atau mungkin anda gemar melancong untuk bekerja dan memerlukan komputer riba yang terbaik untuk kekal produktif semasa dalam perjalanan?

Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih komputer riba yang ideal. Daripada saiz dan berat kepada kuasa dan prestasi. Jika anda hanya membawa komputer riba anda dalam perjalanan singkat, kemudahalihan adalah penting. Anda pasti menginginkan sesuatu yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Suka untuk kami kongsikan komputer riba MSI Prestige 13 EVO- A13M adalah salah satu pilihan yang sangat tepat untuk golongan yang kami maksudkan. Dengan reka bentuk yang kelihatan sangat profesional dan ringan, komputer riba ini sangat praktikal untuk pergerakan harian di mana sahaja anda berada.

Hanya Seberat 990 gram

Antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih komputer riba perjalanan ialah mudah alihnya. Anda pasti menginginkan yang ringan dan nipis, jadi ia mudah dibawa ke mana-mana bersama anda.

MSI Prestige 13 EVO- A13M hanya seberatnya hanya 990 gram, menjadikannya sangat ringan dan selesa untuk dibawa ke mana-mana. Sesuai lah untuk anda yang melancong sambil bekerja.

Skrin/ Paparan

Jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mudah alih, anda boleh memilih model dengan skrin antara 13 atau 14-inci. Itu lebih ideal!

Resolusi skrin juga penting untuk dipertimbangkan. Jika anda ingin melakukan apa-apa jenis kerja kreatif pada komputer riba anda semasa dalam perjalanan, maka anda memerlukan model dengan paparan resolusi tinggi.

Skrin komputer riba MSI Prestige 13 EVO menggunakan panel IPS-Level 13.3 inci dengan resolusi HD+ Penuh (1920 x 1200) dan nisbah bidang 16:10.

Skrin ini mempunyai refresh rate 60 Hz dan gamut warna 100% sRGB

Permukaannya dilengkapi anti-glare. Komputer riba ini juga dapat dibuka hingga 180 darjah dan memiliki bingkai kanan-kiri yang tipis, meskipun bingkai atas sedikit lebih tebal kerana terdapat kamera.

Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya

Dari segi keselamatan, komputer riba ini dilengkapi dengan sistem keselamatan berupa Kamera IR dan Pengimbas Cap Jari yang disepadukan dengan butang kuasa.

Hayat Bateri Sehingga 16 jam

Satu lagi pertimbangan penting apabila memilih komputer riba perjalanan ialah hayat bateri. Anda akan inginkan yang boleh bertahan sekurang-kurangnya beberapa jam dengan sekali cas, jadi anda tidak perlu risau tentang kehabisan kuasa semasa dalam perjalanan.

Sebagai sumber kuasa, MSI telah melengkapkan komputer riba ini dengan bateri berkapasiti agak besar iaitu 75 Wh.

Dengan kapasiti bateri sebesar itu, komputer riba yang nipis dan ringan ini dikatakan mampu memberikan daya tahan kuasa yang optimum sehingga 16 jam.

Thunderbolt 4 untuk transfer data pantas

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan semasa memilih komputer riba perjalanan ialah bilangan dan jenis port yang ada padanya. Lebih banyak port, lebih banyak peranti yang boleh anda sambungkan ke komputer riba anda. Jadi, jika anda ingin menggunakan komputer riba anda sebagai pusat media semasa melancong, anda pasti menginginkannya dengan banyak port.

Sebagai komputer riba yang sesuai untuk digital nomad, travel blogger atau sebagainya, MSI Prestige 13 EVO- A13M turut menyediakan port yang cukup lengkap, termasuk 2x USB Type-C (Thunderbolt 4) untuk transfer data pantas, 1x USB Type-A 3.2 Gen1, 1x HDMI 2.1, 1x Pembaca Kad microSD dan 1x bicu audio Combo.

Performa/ Prestasi

Performa komputer riba janganlah terlalu rendah sangat sehingga demotivasikan diri untuk melakukan kerja online. Jangan lupa, matlamat anda untuk melancong sambil bekerja bukan untuk stress tapi perlulah mencapai ‘Work, Life & Balance’.

Prestasi komputer riba MSI Prestige 13 EVO- A13M disokong oleh pensijilan Intel EVO Platform, yang memastikan prestasi yang boleh dipercayai dan pengalaman pengguna yang optimum. Dengan teknologi terkini daripada Intel, komputer riba ini menawarkan prestasi yang pantas, responsif dan boleh dipercayai dalam melaksanakan tugas yang intensif.

Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya

Rekabentuk

Komputer riba MSI Prestige 13 EVO mempunyai badan berbentuk clampshell dengan bahan casis aloi magnesium-aluminium yang menjadikannya ringan namun kukuh.

Reka bentuknya kelihatan serupa dengan MSI Prestige 14 generasi sebelumnya dan masih mengekalkan kesan minimalis dan simple. Logo MSI Business terletak di bahagian belakang skrin yang begitu elegan.

Layari laman web MSI Malaysia mahupun di laman e-niaga, MSI Official Store dan Shopee untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh berkunjung laman media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

MSI Pro MP 161 Portable Monitor

Jika anda mahukan rasa lebih produktif, ‘Portable Monitor’ PRO MP161 dari MSI ini boleh memudahkan kerja, terutamanya jika anda seorang ahli perniagaan. Monitor  mempunyai skrin IPS 1080p 15.6 inci serta menampilkan reka bentuk yang padat dan langsing. Monitor ini sangat mudah dibawa dan digunakan ke mana-mana.

Jika anda boleh lihat, Monitor ini juga mempunyai kaki sokongan yang boleh dilipat malah ia boleh digunakan dalam orientasi menegak atau mendatar.

Bagaimana? Rasanya MSI Prestige 13 EVO menjadi lebih lengkap dan mantap jika digandingkan bersama ‘Portable Monitor’ PRO MP161 ini kan?

Untuk harga dan ketersediaan monitor MSI PRO MP161, boleh lawati pautan ini.

melancongmsi
https://lomp.at/j84j0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
Teknologi

[Video] Produk Ayam Brand Terapung Di Angkasa

by Khai Azfar
November 21, 2017

Jarang-jarang bagi sesuatu organisasi yang menyambut ulangtahun mereka lain daripada yang lain. Itulah yang dilakukan oleh Ayam Brands yang menyambut...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Lihat Apa Yang Menarik Dengan Dua Aplikasi Terbaharu Dari Digital Durian

by Phic ARMAN
July 21, 2020

Digital Durian melancarkan dua aplikasi baharu 'Aplikasi Didi & Friends' dan 'Aplikasi Omar & Hana'. Ia salah satu langkah proaktif...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore