• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Muat Naik Gambar Berpelukan Dengan Suami, Peminat Nasihat Neelofa Lindung Suami Daripada Penyondol

by Puteri Alia
March 27, 2023
Share on Facebook

Semenjak adanya media sosial, ditambah pula dengan kecanggihan telefon pintar, wujud golongan yang suka berkongsikan apa-apa sahaja di laman sosial sehingga adakalanya menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah mata yang melihat.

Malah cabaran dunia tapa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala perasaan serta emosi sama ada sedih, gembira, bahagia atau marah di media sosial.

Bukan itu sahaja, momen kegembiraan juga kadangkala dikatakan bagaikan berlumba-lumba memuat naik hantaran masing-masing di laman media sosial untuk menjadi tatapan umum kerana media sosial pada hari ini dikatakan menjadi pengukur kebahagiaan terutamanya bagi pasangan berumah-tangga.

Namun adakah wajar sebenarnya kebahagiaan itu ditayangkan?

Meskipun masing-masing seronok berkongsikan perihal diri dan gambar untuk tontonan umum. Sedar atau tidak, apa sahaja yang kita kongsikan itu, ada ‘mata-mata’ yang akan memerhatikan.

Pada masa sama, perkongsian itu membuka ruang untuk orang lain meninggalkan komen sama ada yang baik atau buruk. Namun, ketahuilah tindakan kita itu sebenarnya boleh mengundang kepada penyakit ain jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak akan berminat untuk menunjuk atau membuktikan kebahagiaan mereka kepada orang lain. Ini kerana, perasaan bahagia itu bersifat peribadi dan tidak perlulah membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

Jika ada pun gambar yang dirakam untuk tatapan peribadi, bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini, ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

Malah, penyakit itu boleh ‘membinasakan’ kita gara-gara panahan mata atau ain menerusi gambar yang dilihat di media sosial tadi. Dalam dunia realitinya, memang tidak mustahil perkara itu boleh berlaku dengan izin-NYA.

Neelofa Pilih Kunci Mulut Isu Cinta Ameera Khan & Jefri Nichol, Enggan Dedah Restu Keluarga

Meskipun rambut barangkali sama hitam, tetapi kita tidak punya kuasa untuk menebak hati seseorang itu. Sebab itulah kita selalu diingatkan agar menjaga pandangan masing-masing. Ia kerana dari pandangan tadi, ia boleh turun ke hati.

Namun bagaimana pula jika pasangan suami isteri itu ingin berkongsi momen indah bersama keluarga ketika sambutan ulang-tahun perkahwin mahupun hari jadi di media sosial sebagai tatapan umum?

Menurut sumber, sebahagian ulama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan sepeti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Berbahas soal itu, mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.

Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.

Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Bukan itu sahaja rakan artis dan netizen juga tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.

Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, ada peminat yang memesan kepada figura terkenal ini untuk tidak terlalu berkongsi foto-foto kebahagiaan kerana risau dipandang dengan mata benci oleh sesetengah pihak.

Neelofa Nekad Belajar Bahasa Arab, Enggan Lagi Hanya Baca al-Quran Tanpa Faham Maksud

Mengetahui bahawa baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu penyondol dan curnag di kalangan selebriti tanah Air, ada yang memesan supaya pasangan ini juga berhati-hati.

Terdahulu, Neelofa dan Pu Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

neelofaPU Rizz
https://lomp.at/4s0zd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Beri Kejutan Mahu ‘Terjah’ Isteri, Netizen ‘Bimbang’ Silap Hospital Lain!

by Naddy Joe
November 26, 2025

Pelawak, Shahrol Shiro sebelum ini meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya, Nor Farhanah bersama anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi yang sebelum...

Read more
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Ernie Zakri Main Pickleball-“Kalau Gini Baik Lala Je Yang Main”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ernie Zakri yang sekumpulan dengan Siti Nurhaliza untuk berlawan permainan pickle ball. Namun...

Read more
by Noah Ab
September 24, 2025
Lokal

PU Riz Luah Masih Trauma Isu Karpet Nilai – “Setiap Kali Ingat, Saya Peluk Bilal Dan Minta Maaf”

Empat tahun sudah berlalu, namun pendakwah bebas dan personaliti televisyen, PU Riz masih berdepan sindiran dan gurauan pedih daripada netizen...

Read more
by Puteri Alia
November 3, 2025
Lokal

Kebenaran Terbukti! Chef Wan & Serina Menang Kes Fitnah Termasuk Tuduhan Pedofilia

Chef selebriti tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, meluahkan rasa syukur selepas anaknya, pelakon Serina Redzuawan,...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Lokal

Sweet Qismina Tak Sebut Nama Suami Di Pentas, Adam Lee Lebih Tenang Namun Netizen Pula Heboh

Pelakon Adam Lee tampil tenang dan matang ketika diminta mengulas mengenai isterinya, Sweet Qismina, yang tidak sempat menyebut namanya sewaktu...

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Foto - @BSKFanClub (X)
Bollywood

[VIDEO] “45 Minit Yang Menakutkan!”- Salman Khan Hampir Maut Ketika Penerbangan

Bhaijaan Bollywood, pelakon Salman Khan membuat penampilan sulung dalam podcast "Dumb Biryani" milik anak saudaranya iaitu Arhaan Khan. Menerusi podcast...

Read more
by Nurul A.
November 18, 2025
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Bersyukur Jadi Pembayar Zakat Perniagaan Tertinggi Di Selangor

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur apabila menjadi pembayar zakat perniagaan...

Read more
by Naddy Joe
December 16, 2025
Berita

Ibu Anna Jobling Tuju Pada Siapa?-“Sanggupnya Korang Hasut Anak Aku Tinggalkan Aku…”

Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Ayop meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang dikatakan telah menghasut anaknya itu...

Read more
by Naddy Joe
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Fazura Terjah Peminat Yang Memakai Tudung Jenamanya-“Menghargai Pembeli”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura yang menerjah peminat yang memakai tudung jenamanya itu. Aksi Fazura membuatkan peminat...

Read more
by Noah Ab
November 12, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore