Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Muatnaik Status Di Instagram, Siti Nurhaliza Dikecam Lagi

Segelintir netizen mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan

by Khai Azfar
May 5, 2021
Share on Facebook

Nama penyanyi popular tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi topik kecaman netizen di media sosial berikutan memuatnaik sebuah status di laman Insta-story nya semalam.

Siti Kongsi Status Mengenai Pahala

Dalam status tersebut, Siti meluahkan dia sepatutnya berasa gembira apabila ditimpa dengan dugaan kerana menurut seorang ustaz, apabila seseorang itu diuji dia bakal mendapat pahala yang berganda. Difahamkan, status itu dimuatnaik Siti merujuk kepada situasi ketika ini. Sejak beberapa hari yang lalu,pelantun Anakanda ini dan keluarga menjadi perhatian netizen berikutan isu menjemput seorang pendakwah dari negeri lain ke majlis tahnik anak keduanya,Muhammad Afwa.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni,kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni. Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free(percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah” tulis Siti

Dikecam Netizen 

Susulan itu, segelintir netizen di laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan. Menurut mereka, selepas memuatnaik sebuah kenyataan rasmi di media sosialnya mengenai isu tersebut, Siti tidak seharusnya berkongsi sebarang perkara berkaitan kerana kelak menganggu sensitiviti orang ramai seperti yang pernah terjadi pada seorang selebriti terkenal baru-baru ini.

“Ya. Macam boleh saja dia diam lepas keluar statement(kenyataan). Lama-lama orang lupa lah. Ini dah keluar sikit perangai b*ngang dia.. masalahnya tak boleh nak trendingkan musuh dia. Hahahaha” tulis seorang pengguna Twitter

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang bertindak mempertahankan Siti daripada terus dikecam dan memohon kepada orang ramai agar tidak menyalahkan penyanyi itu serta memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Topik Berkaitan [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

Terdahulu, Siti menepis dakwaan kononnya seorang penceramah bebas terkenal merentas negeri semata-mata untuk hadir ke majlis tahnik anaknya. Jelas Siti, pendakwah itu bersetuju untuk hadir kerana secara kebetulan dia turut berada di sini atas urusan kerja. Dedahnya lagi, majlis yang diadakan juga mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana menghadkan jumlah tetamu dalam satu masa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
siti nurhaliza
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  5. 5

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara