Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Mudah Dan Ringkas! Ini 5 Menu Sahur Disediakan Dalam Masa 5 Minit

by Aphit J.
April 25, 2020
Share on Facebook

Bila tiba bulan Ramadhan, rata-rata daripada kita memikirkan apa cara yang terbaik untuk memudahkan sahur bukan? Pastinya pemilihan menu yang mudah, ringkas dan cepat menjadi faktor utama dalam penyediaan sahur.

Di sini kami kongsikan 5 resepi mudah untuk anda menyediakan makanan sahur anda.

Roti Bakar Dan Telur Hancur

via I Love Cooking

Pemilihan roti whole meal adalah terbaik untuk menu ini dan pengambilan telur yang betul juga dapat mengelakkan anda daripada cepat lapar.

Bahan-bahan: Roti bakar, telur dan susu segar.

Cara Penyediaan: Pukul sehingga sebati telur, susu segar dan bahan perasa. Masakkan di dalam kuali sehingga nampak sedikit berketul. Jangan kacau sehingga terlalu hancur. Setelah telur nampak masak, lapiskan bersama roti whole meal.

Oat Dan Buah Buahan

via Sloan Luckie

Tidak memerlukan tenaga yang banyak! Hidangan seperti ini pasti menjadi pilihan untuk golongan yang sedang diet ketika bulan Ramadhan.

Bahan-bahan: Oat, pilihan buah-buahan, susu segar dan madu.

Cara Penyediaan: Rendamkan oat bersama susu segar panas atau air panas, masukkan hirisan buah-buahan dan sedikit madu sebagai pemanis.

Roti Sardin

via Dapur Berasap

Untuk kelainan, apa salahnya mencuba roti sardin yang kaya dengan protin sekaligus memberikan kekenyangan kepada anda. Pasti anak-anak pun turut menyukai.

Bahan-bahan: Sardin, roti putih, bawang merah dan telur

Cara Penyediaan: Hancurkan sardin bersama bawang merah, cili serta serbuk perasa. Lapiskan sardin bersama roti dan celur di dalam telur yang dipukul kembang. Goreng ataupun bakar di atas kuali. Jangan mengoreng terlalu lama untuk elakkan roti menyerap minyak.

Nasi Goreng Pedas Sosej

via Gimme Oven

Bagi yang memerlukan nasi ketika bersahur. Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan: Nasi putih, sosej, cili dan telur.

Cara Penyediaan: Gorengkan nasi bersama cili kisar ataupun cili potong, sosej dan telur. Setelah nampak sebati, masukkan bahan perasa untuk menyedapkan lagi nasi goreng anda.

Salad Sayur Dan Salad Buah-Buahan

via Tecnx

Menu ini juga untuk golongan yang sedang berdiet. Mudah dan berkhasiat. Salad seperti ini, tidak menggemukkan, jadi anda boleh mengambilnya seberapa banyak yang anda mahu.

Bahan-bahan: Sayur-sayuran, buah-buahan, lada hitam dan minyak zaitun.

Cara Penyediaan: Campurkan semua hirisan buah dan sayur dalam satu bekas, masukkan minyak zaitun, bahan perasa dan lada hitam. Gaul sebati dan nikmatinya!

Jadi bermalasan untuk bersahur bukanlah satu alasan lagi. Dengan hanya 5 minit, anda dapat menyediakan menu sahur yang mudah, menjimatkan masa dan yang paling penting berkhasiat!

jom sahurmenu sahurmenu sahur ringkassahur berkhasiatsahur cepatsahur dalam lima minitsahur mudahsahur ringkas
https://lomp.at/xep9o
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara