Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore VMY2026

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini terkejut bila menjejak kaki ke Sticks & Baron Café, yang terletak di Monkeys Canopy Resort. Suasana di sini lain macam,  terasa berada di Thailand atau Bali, tapi semuanya dalam Malaysia!

Apa yang buat kami teruja, setiap gazebo di atas air ni memang privasi, cukup untuk 10 orang setiap satu, dan terletak jauh dari gazebo lain. Bayangkan duduk bersantai sambil bunyi air pancut yang menenangkan, derusan tasik buatan, dan lampu romantik yang soft, memang mood untuk berbuka atau lepak petang.

Menu di sini pun bukan calang-calang. Dari hidangan antarabangsa yang menyelerakan hingga ke pastri segar yang dibakar setiap hari, setiap sajian jelas menzahirkan keunggulan seni kulinari. Tempat ini mampu menampung sehingga 300 orang, tapi masih beri feel intim bila duduk di gazebo atas air.

Monkeys Canopy Resort nak buat pengalaman Ramadan lebih special tahun ni dengan Preview Bufet bertemakan “Sentuhan Citarasa Nostalgia”  sepanajang Ramadan akan datang. Bufet ini gabungkan warisan kulinari Melayu dan hidangan serantau dengan sentuhan moden.

Kalau nak bayangkan menu dia, rasa macam nostalgia tapi tetap kontemporari: Ayam Salai Masak Lemak Cili Padi, Kambing Kuzi, Paru Berlada, Ikan Patin Tempoyak, Gulai Telur Itik, Rojak & Pecal Nusantara, Aneka Pasta, Nasi Ayam Hainan Klasik dan Kambing Panggang Maharaja. Semua hidangan direka untuk bawa balik memori lama tapi masih serasi dengan citarasa sekarang.

“Bufet kami lebih daripada sekadar santapan. Ia satu pengalaman yang gabungkan warisan kulinari tempatan dengan suasana perayaan istimewa,” kata Encik Saiful Anwar, Pengarah Jualan Monkeys Canopy Resort. Tema “Sentuhan Citarasa Nostalgia” ni memang nak bagi tetamu rasa hangat dan bermakna sambil appreciate tradisi dan inovasi rasa.

Pelancaran rasmi bufet ini akan bermula dari 25 Februari hingga 18 Mac 2026, dan boleh dinikmati dengan tempahan awal atau pada hujung minggu sepanjang tempoh kempen. Untuk tempahan, boleh terus hubungi Sticks & Baron Kafe di talian 010-253 0228. Kalau nak rasa Ramadan unik atas air, Sticks & Baron Café memang patut jadi destinasi. MURAI dah try, confirm mood berbuka lebih chill, santai, dan Instagrammable habis!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ramadanSticks & Baron
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kelantan, Kedah Hingga Johor, The Overlooked Malaysia Ajak Kita Lihat Sisi Lain Negara Sendiri

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Bila sebut tentang percutian, kita mungkin terus terbayang tiket kapal terbang, airport dan destinasi luar negara. Tetapi pernah tak kita...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara