Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung dengan barisan artis yang bukan calang-calang seperti Ella, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band dan Lyodra.

Konsert yang bermula pada 8.45 malam ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi dicipta sebagai sebuah pesta keraian yang membawa konsep terapi muzik, menawarkan pengalaman baharu kepada penonton yang mahu melepaskan tekanan dan memulakan tahun dengan semangat positif.

Dengan gabungan legenda, vokal premium, nostalgia dan bintang generasi baharu, Healing Nite 2026 dijangka menjadi antara persembahan paling ‘menyentuh jiwa’ yang pernah dianjurkan di tanah air.

Ella Dedah Misi Healing Nite 2026: “Mari Lepaskan Semua Yang Buruk”

Di sebalik penganjuran ini, Ella sendiri menjelaskan mengapa Healing Nite 2026 sangat dekat dengan hatinya.

Bagi Ella, healing melalui muzik seperti penganjuran Healing Nite 2026 ini adalah cara memulakan tahun baharu dengan baik. Kita boleh lepaskan tekanan atau stress dengan menikmati muzik.

“Mungkin ada ramai yang memendam perasaan pada tahun lalu seperti penat bekerja atau hilang keyakinan diri, jadi mari kita lepaskan semua yang ‘buruk’ dengan energi baharu menerusi teraputik di Healing Nite 2026 ini.

“Ella tunggu semua okay sebab bukan hanya Ella yang akan membantu dan healing bersama anda tetapi akan ada rakan lain seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band serta Lyodra,” katanya.

Bagi Ella, Healing Nite 2026 bukan sekadar pentas hiburan  ia adalah perhimpunan emosi, tempat orang ramai datang untuk “reset” jiwa dan pulang dengan semangat baharu.

Jangan Terlepas Pengalaman ‘Healing’ Secara Live

Jika anda mahukan malam yang penuh energi positif, muzik terapeutik dan suasana yang membangkitkan semangat, Healing Nite 2026 adalah acara wajib hadir.

Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu! Empat Live in Kuala Lumpur 2025: Konsert Bersejarah Empat Vokal Unggul Negara

Tiket kini sudah mula dijual dan boleh didapati melalui Ticket2u.

  • Harga bermula dari RM190
  • Pembelian tiket: www.ticket2u.com.my
anuar zaindayang nurfaizahKangen Band
https://lomp.at/9x07h
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore