Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Murad Melancarkan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap. 14 Hari Boleh Lenyap?

by Phic ARMAN
April 6, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini Murad Inc melancarkan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap (Rapid Dark Spot Correcting) yang baharu dan bebas hidrokuinon di Malaysia!

Bertahun lamanya, diketahui bahawa bintik gelap, tompok gelap yang tidak teratur, malah tona tidak sekata boleh menjadi lebih degil dan lebih sukar dirawat berbanding kedutan. Ini menjadikannya suatu keutamaan dari segi masalah kulit dalam pencarian Dr Murad untuk memperoleh kulit yang lebih sekata dan berseri-seri.

Selepas penyelidikan & pembangunan sekian lama terhadap teknologi bahan baharu untuk bintik gelap, Murad berjaya menghasilkan rumusan Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap.

Digelar sebagai serum pemulihan bintik gelap generasi akan datang, serum ini bertunjangkan 30 tahun kepakaran penghasilan produk pencerahan bintik gelap dalam satu botol. Sebagai tambahan kepada proses mengurangkan bintik gelap paling degil & hiperpigmentasi, produk ini juga dilimpahi dengan bahan-bahan pencerah berkuasa yang merawat kulit anda selembut sentuhan pakar dermatologi, tanpa kehadiran doktor.

Dihasilkan secara eksklusif bersama teknologi resorcinol Murad yan dipatenkan, serum ini dirumus dengan bahan berkualiti paling tinggi yang baik untuk anda: asid tranexamic dan asid glikolik. Asid tranexamic dikenali kerana keupayaannya untuk membantu menenangkan, mencerah dan menjana semula kulit yang kusam. Asid glikolik, satu daripada bahan pengelupasan yang pertama dan paling digemari dalam amalan dermatologi Dr. Murad, terkenal dengan tindakan pantasnya menyingkirkan sel permukaan yang kusam untuk penembusan & penambahbaikan yang lebih baik dalam tekstur kulit. 

Bersama rejim penjagaan kulit Murad yang berkesan, tidak hairanlah hanya selepas 14 hari penggunaan Serum Rapid Dark Spot Correction, 84% daripada ahli panel mendapati bahawa ia menunjukkan pengurangan dari segi penampilan bintik gelap manakala 91% menyaksikan kulit yang lebih cerah.

94% daripada ahli panel mendapati kulit yang lebih licin & 89% melaporkan kulit yang lebih berseri berbanding kulit mereka yang lazimnya kelihatan kusam. 

Untuk mencapai hasil kejayaan serupa, serum ini boleh digunakan siang dan malam. Selepas membersihkan kulit anda, urut serum secara sekata di seluruh wajah, leher dan dada. Memandangkan penggunaan AHA amat disarankan, pastikan anda menggunakan pelindung cahaya matahari Murad sepanjang hari untuk hasil terbaik. 

Serum Rapid Dark Spot Correcting boleh dibeli menerusi www.murad.com.my hari ini. 

Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem