Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30 Tahun Siti Nurhaliza’, beliau sebenarnya menghadapi cabaran kesihatan.
Menurut pengurus setia dan orang kuatnya, Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi), beberapa hari sebelum rakaman, Siti dijangkiti batuk kerana Afwa yang ketika itu turut tidak sihat.
“Ramai bertanya dalam thread, saya bantu jawab ya. Beberapa hari sebelum rakaman program Aku Cinta Padamu – 30 Tahun Siti Nurhaliza (yang sedang disiarkan di TV2), Dato’ Siti batuk dan suara tak sihat, sebab masa ni Afwa tak sihat & berjangkit ke Dato’ Siti.”
Namun, seperti biasa, profesionalisme Siti tetap terserlah. Rozi menekankan bahawa walaupun belum sembuh sepenuhnya pada hari persembahan live, beliau tetap berusaha memberikan yang terbaik.
“Tapi seperti biasa, beliau berusaha untuk sembuh menuju hari rakaman. Pada hari live tersebut, belum sihat 100%, tapi saya nampak effort beliau untuk membuat persembahan yang terbaik semampu beliau.”
Rozi turut mengingatkan peminat bahawa persembahan Siti begitu sempurna sehingga penonton hampir tidak menyedari keadaan kesihatannya.
“Menyanyi tak perasan tak sihat kan?”
Konsert istimewa yang berdurasi hampir dua jam ini menampilkan sentuhan pemuzik tersohor, Datuk Mokhzani Ismail sebagai pengarah muzik bersama Orkestra RTM. Persembahan Siti bukan sahaja mendapat sorakan peminat, malah turut diserikan dengan penampilan artis jemputan seperti Aina Abdul, serta gandingan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Tambah Rozi lagi,
“Musuh terbesar penyanyi memang kalau sakit melibatkan suara/tekak dan saya memang selalu risau bab ni. Selalunya kita akan cepat2 cari solusi untuk dapatkan rawatan atau bagi cepat sembuh. Rakan2 artis atau pengurus pun selalu mesej bertanya, nak buat apa, nak ambil ubat apa..sebab ramai ada masalah yg sama”- tulisnya lagi
MURAI rasa, inilah bukti ketabahan seorang bintang sejati di sebalik suara yang tak begitu kuat, Siti tetap memastikan setiap nota yang dilontarkan memukau hati penonton. Keghairahan peminat dan tenaga positif dari pengurusan serta rakan artis jelas membuahkan satu malam konsert yang tak mudah dilupakan.







