• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Confirm Kecoh! Fazura, Zul Ariffin & Dato’ Awie Disatukan Dalam MLS Musim Ke-2

by Phic ARMAN
December 9, 2020
Share on Facebook

‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua! Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020.

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh disaksikan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

MLS menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular. Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin! Bertindak sebagai Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata,

“Penganjuran Muzikal Lawak Superstar untuk musim kedua ini adalah satu kebanggaan bagi kami. Dengan kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal.

Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan konten yang lebih segar, lagi berkualiti demi menepati kehendak audiens. Dengan penglibatan nama-nama ‘heavyweight’ atau besar seperti Dato’ Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan. Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami!”

Berikut barisah peserta ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2’;

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! - "Bukan Budaya Saya Nak Unfollow"

Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.

awiefazuraMuzikal Lawak SuperstarZulariffin
https://lomp.at/mwvof
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Comel! Gelagat Ammar Ahyan Dikejar Raja Azura & Shiha Zikir, Netizen Terhibur

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Ammar Ahyan, anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, kembali mencuri perhatian netizen apabila gelagat spontannya di atas pentas...

Read more
Lokal

[VIDEO] Syifa Melvin Bakal Timang Anak Perempuan

Umum mengetahui, pelakon, pengacara, dan model iaitu Syifa Melvin sebelum ini berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang sedang hamil cahaya...

Read more
by Naddy Joe
September 29, 2025
Lokal

Naim Daniel Akui Hidup Tidak Mudah, Tetap Terima Tawaran Persembahan Selepas Kes Amang Seksual

Terheret dalam kes amang seksual yang masih dalam perbicaraan mahkamah, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tetap memilih untuk bersyukur apabila...

Read more
by Puteri Alia
September 19, 2025
Lokal

Bekas Pekerja Dedah Sikap Sebenar Nubhan?-“Memang Dia Bermasalah..”

Umum mengetahui penyanyi, Nubhan baru-baru ini telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya...

Read more
by Naddy Joe
November 6, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima ‘AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards’

Penyanyi, Bella Astillah menitipkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards...

Read more
by Naddy Joe
November 28, 2025
Foto - @amitabhbachchan (IG)
Bollywood

Amitabh Bachchan Pernah Rasa Terancam Dengan Populariti Govinda?

Amitabh Bachchan, yang turut dikenali dengan gelaran Big B, pernah menghadapi kemunduran kerjayanya pada pertengahan tahun 1990-an apabila dia berhenti...

Read more
by Nurul A.
November 14, 2025
Lokal

Liza Hanim Disuruh ‘Give Up’ Untuk Menyanyi Oleh Netizen, Rakan Selebriti Beri Kata Semangat!

Penyanyi dan pelakon, Liza Hanim mendedahkan komen negatif yang dilemparkan oleh salah seorang netizen pada muzik video yang dimuatnaiknya baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Indonesia

Reza Rahadian Pernah Dapat RM6.35 Potong Rumput Demi Bantu Ibu

Pelakon tersohor Indonesia, Reza Rahadian, mengimbas kembali zaman kecilnya yang penuh kepayahan apabila pernah menerima bayaran hanya RM6.35 (Rp25,000) hasil...

Read more
by Puteri Alia
October 29, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Gelagat Raudhah & Luqman Review Kereta Baru Ammar Ahyan, Netizen Terhibur!

Umum mengetahui baru-baru ini pasangan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dilihat memberikan kejutan istimewa...

Read more
by Naddy Joe
October 10, 2025
Lokal

[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienators.my yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
by Noah Ab
October 10, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore