Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nabila Razali Dah Lali Dikecam – “Sekarang Saya Balas Dengan Kebaikan”

by Puteri Alia
November 8, 2025
Share on Facebook

Sudah lebih sedekad Nabila Razali bertapak dalam dunia seni, namun perjalanan yang dilaluinya bukan sekadar kisah glamor seorang penyanyi popular. Dari seorang gadis naif yang muncul di pentas Akademi Fantasia hingga menjadi nama besar dengan lagu-lagu hit seperti Pematah Hati, Peluang Kedua dan Vroom Vroom, setiap langkah yang diatur datang bersama jatuh bangun, air mata, dan keberanian untuk terus berdiri.

via Instagram Nabila Razali

“Banyak yang saya belajar. Dulu saya fikir dunia hiburan ini tentang glamor, tapi sebenarnya tentang ketahanan hati. Kalau cepat putus asa, saya takkan bertahan,” tutur Bella penuh makna. Dalam nada yang lembut namun tegas, dia mengakui bahawa dunia hiburan tidak seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila menjadi sasaran kecaman netizen hampir sepanjang kariernya.

Terkenal dengan gimik setiap kali muncul dengan lagu baharu, Nabila yang kini berusia 32 tahun sudah lali dengan kritikan warganet. Namun, di sebalik semua itu, dia memilih untuk melihat sisi positif.

“Saya dah biasa kena kecam sejak zaman Akademi Fantasia. Sekarang bila baca komen, saya tenang saja. Dalam banyak komen negatif, mesti ada satu dua yang membina, dan itu yang saya ambil untuk perbaiki diri. Tapi kalau komen itu menjatuhkan, saya tak ambil hati,” katanya sambil tersenyum.

Namun, sebagai manusia, ada batas yang tidak boleh disentuh. Bella boleh menerima cercaan terhadap dirinya, tetapi tidak apabila ia melibatkan keluarga.

“Saya boleh terima kalau orang nak kata apa tentang saya, tapi kalau dah kaitkan ibu bapa atau anak, itu sudah melampau. Keluarga saya bukan sebahagian daripada dunia hiburan, mereka tak sepatutnya ‘disentuh’. Pernah sebelum ini ibu bapa saya dikritik, masa itu saya betul-betul sedih,” ujarnya dengan nada sebak.

Meskipun sudah lama menjadi ‘mangsa’ kecaman dunia siber, Nabila memilih untuk membalas dengan kebaikan malah itulah inspirasi kepada lagu terbarunya berjudul Balas Baik. Lagu ciptaan Audy Mok dan Shazy Ishak itu bukan sekadar karya baharu, tetapi juga refleksi sisi matang dan positif dirinya.

"Tolong Jangan Cium Anak Saya" - Anjur Akikah, Nabila Razali Titip Pesanan Buat Tetamu Yang Hadir

“Saya anggap orang yang kecam mungkin sedang melepaskan tekanan hidup. Jadi saya pilih untuk balas dengan kebaikan. Sebab itu saya pilih judul Balas Baik. Lagu ini sangat peribadi dan dekat dengan pengalaman saya sendiri,” jelasnya.

Kata Bella, lagu itu menjadi simbol peralihan dirinya lebih berani, yakin dan menonjol.

“Kali ini saya bukan sekadar menyanyi, tapi juga menari. Saya nak tunjuk sisi Bella yang berbeza, lebih yakin dan ‘bold’. Rakaman lagu ini hanya ambil masa tiga jam, tapi persiapannya tiga bulan sebab saya nak pastikan semuanya sempurna, dari muzik sampai visual,” tambahnya dengan penuh semangat.

Walaupun tidak semua lagu yang diterbitkannya mencapai tahap fenomena seperti Peluang Kedua, Nabila tidak pernah berputus asa.

“Ada lagu yang kurang mendapat sambutan, tapi saya anggap semua itu proses pembelajaran. Rezeki orang berbeza-beza. Yang penting, saya masih di sini,” katanya penuh syukur.

Di luar pentas, Bella kini menikmati fasa hidup terindah sebagai seorang isteri dan ibu kepada Nik Muhammad yang berusia 10 bulan. Sejak kehadiran anak sulungnya, pandangan hidupnya berubah sepenuhnya.

“Sekarang hidup saya bukan lagi tentang glamor atau populariti. Saya lebih fokus pada keseimbangan. Saya nak lihat anak membesar depan mata tapi dalam masa sama teruskan kerjaya. Memang susah, tapi saya bersyukur sebab dapat sokongan suami dan keluarga,” tuturnya.

Kini, setelah kembali aktif dalam dunia seni selepas tempoh berpantang, Nabila merancang untuk menghasilkan album penuh serta mengadakan showcase khas buat peminat.

“Saya memang rancang nak buat showcase, tapi bukan yang ala kadar. Saya nak sesuatu yang berkualiti dan berbaloi untuk peminat yang dah lama sokong saya,” katanya dengan penuh tekad.

Lebih matang, tenang dan berjiwa besar begitulah Nabila Razali kini. Dalam dunia hiburan yang sering berubah, dia tetap berdiri teguh, membuktikan bahawa ketenangan hati dan kebaikan masih menjadi senjata paling kuat untuk terus bertahan.

[VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-"Jenis Seluar Sekali Stokin Ke"
nabila razali
https://lomp.at/7zdxb
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara