Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nabila Razali Putus Cinta Dengan Aedy Ashraf ?

by Khai Azfar
November 26, 2017
Share on Facebook

Meskipun tiada pengumuman rasmi mengenai hubungan percintaan di antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf, para peminat seolah – olah dapat menghidu bibit – bibit percintaan diantara mereka.

Pakai Pakaian Sedondon Di Majlis Hari Lahir Nabila

Sebelum ini, Nabila telah memuat naik beberapa foto di sekitar majlis sambutan hari lahirnya yang ke-25, di akaun Instagram (IG). Menariknya, pada majlis tersebut Nabila dan pelakon Aedy Ashraf tampil berpakaian sedondon, jaket jeans berwarna biru.

Hubungan antara Aedy dan Nabila mula menjadi perhatian netizen apabila mereka berdua memuat naik gambar romantis di IG masing-masing dan Nabila juga mengakui hubungan persahabatannya dengan Aedy sedang di peringkat mengenali hati budi masing-masing.

Putus Cinta Kerana Orang Ketiga

Akan tetapi, terbaru penyanyi lagu Pematah Hati ini telah memuat naik video sedih di laman sosial Instagramnya.

https://youtu.be/kNvbM7ZX_Ok

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Nabila dipercayai meluahkan rasa kecewa apabila dipermainkan oleh seorang lelaki yang pada hemat kami ditujukan kepada Aedy

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,”

Malah, Nabila juga dilihat sudah memadam foto-foto mesra dengan pelakon berkenaan serta tidak lagi mengikuti Instagram Aedy Ashraf dan turut menutup ruangan komen. Jika benarlah spekulasi ini, kami di murai.my berharap Nabila akan tabah dan mungkin akan ada pengganti yang lebih baik dari kekasihnya sebelum ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aedy ashrafnabila razali
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara