• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nad Zainal Beri Amaran Dan Jawab Persoalan Tentang Punca Perceraian

Nad jelas video temuramah yang tular bukanlah bayangan keadaan rumahtangganya

by Puteri Alia
September 6, 2022
via Instagram Nad Zainal

via Instagram Nad Zainal

Share on Facebook

Sejak berita perpisahan antara Nad Zainal dan bekas suaminya tersebar, timbul khabar angin yang tidak enak didengari di mana banyak spekulasi keluar mencari punca keretakan rumahtangga aktres jelita ini berdasarkan temuramah yang tular sebelum ini.

Spekulasi Yang Tidak Benar

Murai MY menjengah ke Instagram aktres berbakat ini dan melihat muatnaik terkini yang dikongsikan selebriti ini menjelaskan tentang isu video temuramah yang hangat diperkatakan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi tentang rumahtangganya.

Berdasarkan penjelasan Nad, pelakon ini mengatakan video temuramah yang tular seolah-olah memberi bayangan tentang keadaan rumahtangganya itu adalah tidak benar.

“Berikutan video temuramah yang tular. Ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumahtangg saya sebelum ini. Yang di mana tidak benar.

Tolong berhenti.

Itu hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rumahtangga rentetan dari tayangan akhir Dendam Seorang Isteri.” Coretnya

Rasa Terganggu

Bukan itu saja, Nad juga mengatakan spekulasi yang timbul membuatkan pelakon ini berasa terganggu dan meminta agar orang ramai berhenti mengatakan tentang hal tersebut.

Menurut Nad lagi, punca perpisahan antara dia dan bekas suami tiada kena mengena dengan pihak ketiga serta merasakan hal tersebut tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit. Tolong. Berhenti. Tiada orang ketiga. Tiada. Apa yang terjadi. Tidak perlu dikongsi, tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh.” coretnya lagi

via Instagram Nad Zainal

Rakan Industri Dan Peminat Titip Kata Semangat

Melihat muatnaik pelakon berbakat besar ini di media sosialnya, ramai rakan industri dan para peminat Nad Zainal menitipkan kata-kata semangat serta doa di ruangan komen hantaran tersebut.

“Kekal kuat nyah” titip Dayana Roza

“Sabar anakku. Muga kuat dan tabah” pesan Fadzil Teh

“Peluk” komen Daphne Iking

via Instagram Nad Zainal

“Kekal kuat Nad”

“Kekak kuat kak. Moga Allah permudahkan segala urusan”

“Kekal kuat kak” komen mereka

Sekadar info, Nad Zainal telah berpisah dengan bekas suaminya Muhammad Faliq Amiruddin setelah tujuh tahun lebih bersama. Dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka berdua dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan juga Budi Kalsom.

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?
nad zainal
https://lomp.at/94fum
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

by Phic ARMAN
November 25, 2025

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read more
via Instagram Nad Zainal
Gossip

Nad Zainal Beri Amaran Dan Jawab Persoalan Tentang Punca Perceraian

Read more
by Puteri Alia
September 6, 2022
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    “Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore