Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Nafas Baru Dari Zamani, ‘Aduh’ Hadiah Istimewa Untuk Peminat

by Phic ARMAN
March 1, 2019
Share on Facebook

Zamani bukanlah suatu nama yang asing di kalangan peminat seni tanahair. Nama yang cukup besar di era 90an kembali menjadi sebutan apabila Zamani menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada tahun lalu. Di pentas GV5, vokalis kumpulan Slam ini kembali mencuri hati peminat muzik tanahair dengan kemerduan suaranya.

https://www.instagram.com/p/BubSRt0h2Vi/

Seperti zaman kegemilangannya, sosok ini ternyata masih menjadi kegilaan ramai apabila saban minggu namanya trending dan menjadi topik perbualan di laman sosial sepanjang program tersebut berlangsung. Impak kembali mengecapi populariti, Zamani berjaya memenangi tempat ketiga dalam program GV5.

Usai GV5, Zamani merencana untuk mengekalkan momentum kerjaya seninya dengan memulakan langkah pertamanya iaitu berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir. Kini, sebagai pembuka lembaran seninya untuk tahun 2019, Zamani hadir mempertaruhkan karya terbarunya berjudul ‘Aduh’.

‘Aduh’ merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. ‘Aduh’ berkonsep pop kontemporari memberikan nafas baru kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini.

Walaupun kali ini tampil berbeza dari kebiasaan, kemampuan Zamani untuk menghembuskan jiwa ke dalam lagu ini dengan kelunakan vokal dan penghayatannya adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

View this post on Instagram

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

Apatah lagi apabila senikata lagu ini bercerita tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian, suatu kisah yang mungkin bakal dikaitkan dengan pelantun lagu ini sendiri. Cubaan Zamani membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberikan sajian telinga dan perspektif yang berbeza buat penggemar tegar Zamani.

Penyanyi berusia 48 tahun ini mula mencipta populariti bersama kumpulan Slam menerusi lagu-lagu hits mereka, antaranya ‘Kembali Terjalin’, ‘Gerimis Mengundang’ dan ‘Tak Mungkin Berpaling’. Kali terakhir Zamani menerbitkan single pada tahun 2016 menerusi lagu ‘Tambatan Hati’.

https://www.youtube.com/watch?v=HQv_rmswqtc

Zamani menyifatkan ‘Aduh’ sebagai hadiah istimewa buat peminatnya yang tidak jemu menyokongnya selama ini. Zamani turut berharap agar taruhan terbarunya ini mendapat sambutan positif pendengar muzik tempatan.

‘Aduh’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Aduh’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 MAC 2019.

Adib Hussinfaizal tahirMike ChanromeoZamani
https://lomp.at/o7vnp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara