Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Naib Juara Dewi Remaja Adriana Ghafar Melancarkan Koleksi Puisi Sulung “Everything In Between”

by Aphit J.
May 18, 2024
Share on Facebook

Adriana Ghafar, personaliti Malaysia yang semakin dikenali ramai dan naib juara pencarian Dewi Remaja 2019 akan melancarkan koleksi puisi sulungnya yang ditunggu-tunggu, “Everything In Between”.

Pra Pesanan Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Pra-pesanan karya tersebut akan dibuka tidak lama lagi dan pelancaran rasmi dijadualkan akan berlangsung pada 15 Jun 2024.

Kemunculan Adriana dalam dunia sastera merupakan manifestasi visinya untuk mendemokrasikan dan menjadikan puisi sebagai karya yang bersifat lebih inklusif serta dekat dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang atau tahap pendidikan.

Mengandungi Mesej Khusus

via HBZ International

“Everything In Between”, sebuah gabungan puisi bahasa Melayu dan Inggeris, menyelitkan tema sejagat cinta, keluarga, penolakan, dan kecekalan.

Karya ini mengandungi mesej khusus untuk golongan wanita dan anak muda yang mencari ketenangan jiwa, inspirasi, dan kekuatan dalam mendepani cabaran hidup.

Sebagai pejuang tegar hak-hak wanita, puisi-puisi Adriana juga mengangkat tema kesaksamaan gender dan pendayaupayaan wanita.

“Everything In Between” ialah projek yang dekat di hati Adriana dan ia cerminan intim kepada perjalanan hidupnya yang disampaikan menerusi puisi-puisi yang dihasilkan dalam tempoh 12 tahun.

Platform Penzahiran Diri

via HBZ International

Di samping itu, Adriana berharap agar buku ini menyalakan semangat dalam kalangan generasi lebih muda dan golongan yang terpinggir untuk menjadikan puisi sebagai platform penzahiran diri, menjuarai isu-isu yang dekat di hati mereka dan menginspirasi perubahan yang bermakna.

Istimewa sempena pelancaran ini, “Everything In Between” akan ditawarkan dengan tiga pilihan kulit buku edisi terhad, yang ditandatangani Adriana sendiri.

Koleksi puisi sulungnya ini dijual pada harga RM48 dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web rasmi adthebuku.com tidak lama lagi.

Error happened.
Adriana GhafarNur Nafissa Adriana binti Abdul Ghafar
https://lomp.at/xwzb1
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara