Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Najib Razak Yakin Rancangan Disney Ke Melaka Memang Wujud

by Phic ARMAN
November 17, 2022
Share on Facebook

Hari ini kecoh mengenai berita tentang Syarikat Disney telah mengarahkan wartawan CNN Digital’s, Heather Chen untuk padamkan tweet dia yang mengatakan bahawa berita Disney akan bertapak di Melaka adalah “fake news” atau berita palsu.

Susulan dari berita itu, bekas Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebooknya telah menyatakan bahawa rancangan itu sememangnya wujud.

“Biasanya, ini bermaksud memang wujud rancangan dan perbincangan untuk menarik Disney ke Melaka namun ianya mungkin masih pada peringkat awal dan belum mendapat persetujuan semua pihak.”- tulisnya.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia seharusnya menyokong usaha ini kerana ia memberi manfaat besar kepada negara.

“Apa-apa pun, negara patut sokong usaha ini sebab ianya akan memberi manfaat yang amat besar kepada sektor pelancongan Melaka dan Malaysia – lebih-lebih lagi jika ianya dipadankan dengan usaha untuk membina keretapi laju HSR Kuala Lumpur-Singapura yang akan melalui Melaka.”- ujarnya.

Menurut Najib,  Ini bukan kali pertama taman tema berstatus global pernah cuba ditarik ke Malaysia.

“Syarikat Genting sedang saman syarikat Disney untuk pampasan sebanyak US$1 bilion sebab Disney tiba-tiba membatalkan persetujuan bagi taman tema Fox World beroperasi di Genting Highlands biarpun pembinaan sudah bermula.”- tambahnya lagi.

Semalam, EXCO Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis telah mengumumkan akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar, iaitu yang terbesar di Asia Tenggara. Projek tersebut akan dibangunkan di Jasin pada 2027 dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah kira-kira RM2 bilion. Bagaimanapun, Disney dilaporkan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina taman tema tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
DIsneylandnajib razak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara