Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Nak Awet Muda Macam Anak Dara, Serum Malam Ini Rahsianya…

by Lisa Ghani
May 3, 2023
Foto - Faith Medical Group

Foto - Faith Medical Group

Share on Facebook

Kamu stress makin berusia, timbul garis penuaan dan jeragat?

Siapalah yang tak risau dan tertekan bukan, apatah lagi makin berumur makin mudah untuk masalah berkaitan kulit muka timbul.

Tapi jangan risau kerana setiap masalah kulit muka yang muncul boleh ditangani dengan penggunaan serum malam setiap hari, nak tahu serum malam yang mana bagus jom semak di bawah.

Sulwhasoo: First Care Activating Serum

Jangan risau dengan amalkan serum dari Sulwhasoo ini kulit muka dapat kembali bersinar dan awet muda seperti muda belia.

Foto – Sulwhasoo

Serum ini berkuasa mengaktifkan sel kulit dari dalam dan dalam masa yang sama dapat melindungi lapisan permukaan kulit dan menjadikan kulit sihat, bersinar, segar dan anjal semula.

Beauty of Joseon Revive Serum

Produk ini mengandungi ginseng dan penapisan lendir siput untuk membantu kulit kelihatan muda dan sihat. Malah, terdapat bahan-bahan yang membantu meningkatkan keanjalan kulit, memudarkan garis-garis halus dan kedutan, dan melambatkan penuaan kulit.

Foto – Beauty of Joseon

Serum ini diinspirasikan daripada trend kecantikan bersejarah yang popular di dinasti Joseon Korea.

Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum

Satu lagi produk hype di media sosial banyak disebut adalah Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum. Rata-rata menyukainya kerana betul-betul berkesan dalam merawat masalah kulit sensitif.

Foto – Axis-Y

Axis-Y Dark Spot Corrector Glow Serum adalah ringan mengandungi 5% niacinamide yang membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, meninggalkan kulit yang terhidrat dan bercahaya.

YOU Radiance Up! Antioxidant Serum

Satu lagi produk yang heboh di TikTok. Mampu menghilangkan kulit kusam, kering, sekaligus meninggalkan kulit yang sihat, lembut, anjal, dan semestinya muda.

Foto – Review Female Daily

Serum ini dirumus dengan niacinamide, ekstrak camellia Korea, vitamin C, carnosine dan licorice untuk mengurangkan kekusaman kulit dan penampilan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh radikal bebas.

Selamat beramal!

awet mudarahsia awet mudaserum
https://lomp.at/aqpn9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara