Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Nak Bagi Rambut Kerinting Kamu Lagi Cantik? Diffuser Ada. Begini Cara Guna

by Lisa Ghani
March 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

“Cantiknya rambut kau.”

Hasil digital perm memang cantik, tapi nak mengekalkan struktur kerinting agak payah. Lagi pula kalau jenis yang memang dilahirkan rambut lurus azali. Tapi itu tidak bermaksud kamu tidak boleh mendapatkan digital perm, cuma kamu kena kerja ekstra sedikit.

Foto – BaByliss

Pernah dengar tentang teknik menggunakan ‘diffuser’? Ya, satu teknik untuk mendapatkan rambut kerinting cantik bergelombang dan tahan lama. Dengan diffuser berkelajuan rendah dan udara sejuk, kamu boleh menambah volume pada kerinting biar ia terletak cantik.

Diffuser merupakan alat yang digunakan bersama pengering rambut, kamu tambahkan pada pengering rambut yang menyebarkan udara di sekeliling rambut.

Cara nak menggunakannya juga mudah, sambung pada pengering rambut… baiklah Miss Murai ajar.

Macam Mana Nak Guna Diffuser?

Perkara pertama, kamu kena mendapatkan diffuser yang betul-betul kualiti dan terbaik. Dan memastikan ia sesuai dengan pengering rambut kamu. Bila kamu pasangkan pada pengering, ia tidak terlalu ketat dan selesa digunakan.

Seterusnya, diffuser paling sesuai digunakan apabila rambut kamu basah, biasanya sejurus selepas mencuci. Selepas menyapu produk secara merata ke seluruh rambut, disyorkan agar kamu membalikkan rambut kamu ke bawah dan gunakan diffuser ke akar.

@keilanihair

Tutorial: Diffuser for wavy, curly hair ?#wavyhair #curlyhair #hairtutorial #curls #diffusercurls

♬ About Damn Time – Lizzo

Akar mengambil masa paling lama untuk kering, oleh itu, kamu harus mulakan dengan mengeringkan bahagian rambut kamu. Kamu juga boleh mulakan dengan mengeringkan rambut di sekeliling dengan diffuser dan kemudian ke akar.

Kamu kemudian boleh mula diffuser rambut kamu dari hujung dan membawanya ke ubun kepala dan biarkan selama tiga puluh saat. Lakukan di keseluruhan rambut kamu.

Berapa lama nak diffuser? Ada yang melakukannya sehingga rambut benar-benar kering. Ada pula mengesyorkan sehingga kira-kira 90% rambut, tetapi sebaiknya bergantung pada diri kamu juga.

Kenapa gadis kerinting sukakan diffuser? Diffuser membantu menghasilkan lebih banyak volume pada rambut, dan kerinting lebih terletak rapi dan tidak kusut, malah tiada lagi kering tidak bermaya.

Foto – Pinterest

Siapa tak ada diffuser, belilah sekarang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
diffuserrambut kerinting
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara