Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Nak Tengok Saya Jadi Jahat?” Isteri Saleem Mengamuk Teruk

by Khai Azfar
August 17, 2017
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam penyanyi yang juga anak kepada penyanyi lagenda Saleem, Syafiq Farhain telah pun memohon maaf secara terbuka melalui satu wawancara khas beliau bersama sebuah portal hiburan.

Kontroversi ini tercetus apabila syarikat rakaman Syafiq Farhain dikatakan menggunakan nama dan lagu Saleem untuk tujuan promosi menaikkan nama Syafiq. Walaupun mereka mempunyai pertalian darah daging, Saleem tidak membenarkan ananknya itu menggunakan namanya dek kerana masih kecil hati atas perselisihan faham yang terjadi di antara mereka suatu ketika dahulu.

Sejurus sahaja artikel dan video permohonan maaf tersebut disiarkan, petang semalam, Saleem dan isterinya, Julia Bachok dikatakan telah ‘menyerang’ syarikat rakaman Syafiq Music Valey Malaysia (MVM).

Rakaman video yang telah dikongsi oleh Utusan Online turut menampakkan seorang lelaki berbadan sasa yang dipercayai pengawal peribadi mereka. Di dalam rakaman tersebut juga, Julia dilihat gagal mengawal kemarahan apabila terdapat segelintir netizen memperlekehkan Saleem di media sosial.

Julia turut menambah kononnya syarikat rakaman MVM dikatakan mengaut keuntungan dengan mempromosikan Syafiq Farhain dengan mengaitkan nama Saleem bagi menaikkan populariti Syafiq.

“Apa motif engkau nak guna nama Saleem nak promosi album baru engkau? Nak guna nama orang yang dah besar, kau kena cakap dengan aku dulu, berapa aku nak satu tahun, nak RM300,000, RM400,000, jangan je ‘company’ je nak untung. Tak bolehlah macam tu..”

Dalam masa yang sama Julia turut menunjukkan surat yang telah diberikan kepada syarikat rakaman itu dengan menetapkan ‘Larangan Menggunakan Nama Saleem Untuk Sebarang Promosi Bagi Artis Baru Nursyafiq Farhain’.

“Saya dah edar surat ni kepada mereka tetapi mereka masih buat juga. Jangan ingat saya ni buta Internet sebab saya masih tau nak buka YouTube! Macam mana tau dia  ayah? Dia tak pernah pun kata dia ayah. You ALL semua yang cakap!”

Walaubagaimanapun, Julia dan Saleem berjaya bertemu Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan yang membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan nama Saleem bagi tujuan mempromosi lagu baru Syafiq Farhain.

“Dan saya juga ingin memohon maaf di atas tersiarnya satu tajuk artikel temubual sebuah portal online di mana tajuk yang di ketengahkan dilihat telah melukakan hati abang Saleem. Dan saya berjanji bermula hari ini kami tidak lagi menyentuh nama abang Saleem bagi tujuan promosi Syafiq,” katanya.

Sumber Utusan Online 

anak saleem iklimjulia bachokmanager saleem iklimsaleemsaleem iklimsaleem iklim bergaduh dengan anaksyafiq farhainsyafiq farhain bomba
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem