• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Nama Saya Dah Bersih’- Nurwati Bersyukur Sajat Kalah Lagi Di Mahkamah

Sajat kalah lagi di mahkamah apabila beliau tidak dapat kebenaran untuk merayu mengenai ganti rugi RM200 ribu

by Zaidin Albert
April 29, 2021
Share on Facebook

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, Nur Sajat Aesthetic dan Ashaari Maznan gagal mendapat kebenaran untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi hampir RM200, 000 kepada plaintif, usahawan Nurwati Hussin iaitu pengasas OWA Resources.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata Muhammad Sajjad juga diarah oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos guaman sebanyak RM5,000.

“Keputusan notis usul kebenaran merayu ditolak oleh mahkamah,” kata Nurul Hafidzah.

OWA Resources memfailkan saman terhadap Nur Sajat Aesthetic di atas kegagalan syarikat usahawan tersebut membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh stokis itu di antara bulan Februari dan April tahun 2018.

Sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tinggi, pada bulan Januari tahun 2020, plaintif Nurwati Hussin telah memenangi kes pelanggaran kontrak tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mahkamah Sesyen mendapati barisan peguam plaintif telah membuktikan pada keseimbangan kemungkinan (on the balance of probabilities) yang ketiga-tiga defendan telah melanggar kontrak perniagaan dengan Nurwati Hussin.

Selepas itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan OWA Resources berkaitan ganti rugi dan kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada bulan Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi meningkatkan pembayaran. Ini menjadikan jumlah gantirugi dan kos yang perlu dibayar kepada OWA Resources hampir RM200, 000.

Semasa kes saman langgar kontrak itu berlangsung, Nurwati Hussin turut ditahan polis untuk disoal siasat apabila Muhammad Sajjad membuat laporan polis palsu yang mendakwa kononnya plaintif telah menyelewengkan wang syarikat dan melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta.

Sajat Kongsi Momen Buat Pembedahan Hidung, Undang Teguran Netizen!

Berita penahan polis tersebut telah mendapat liputan akhbar di peringkat nasional oleh pihak media dan ianya telah memberikan persepsi negatif kepada nama baik usahawan Nurwati Hussin.

Saman balas Muhammad Sajjad terhadap Nurwati Hussin juga ditolak Mahkamah Sesyen setelah mendapati ianya adalah fitnah dan ancaman undang-undang tidak berasas. Apa yang jelas melalui kes tersebut, bukti menunjukkan Muhammad Sajjad yang sebenarnya sentiasa meminjam duit Nurwati Hussin dan suami.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa anak guam bukannya penjenayah seperti yang telah digambarkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini dan kemenangan kes ini merupakan testimoni yang mahkamah bersetuju dengan semua bukti yang telah dibentangkan.

“Keputusan hari ini telah memulih dan mengukuhkan imej, reputasi dan jenama perniagaan OWA Resources yang dilanda krisis undang-undang, ekonomi dan persepsi negatif. Anak guam kini berada di landasan yang betul untuk terus berjaya dengan perniagaan mereka,” tambah Nurul Hafidzah.

Sementara itu Nurwati Hussin melahirkan perasaan bersyukur dan terima kasih kepada barisan peguam beliau iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang berjaya mendapatkan semula modal perniagaan bagi stok yang tidak dibekalkan dan juga membantu beliau semasa dalam tahanan polis apabila disoal siasat berikutan laporan polis palsu yang dibuat oleh Muhammad Sajjad.

“Nama saya dan syarikat kini telah dibersihkan dan saya hargai bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak yang berkenaan sepanjang proses membuktikan kebenaran. Saya sendiri nampak barisan peguam saya bekerja dengan gigih bagi memastikan saya menang kes ini. Terima kasih juga kepada semua pihak berkepentingan syarikat termasuk pekerja dan para pelanggan yang masih membantu saya,” ujar Nurwati Hussin yang merupakan bekas stokis utama Muhammad Sajjad dan salah seorang individu terpenting yang menolong beliau sejak dari awal penglibatan dalam bidang perniagaan.

nur sajatNurwati Hussin
https://lomp.at/7stsb
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Eidress Puji Anzalna Cantik, Buatkan Netizen Teruja-“Anak Dia Greenflag”

by Noah Ab
October 31, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Eidress yang memuji Anzalna Nasir ketika membuat tutorial makeup ketika membuat live di...

Read more
Lokal

“Zaujahku, Aku Meredaimu Kerana Allah” – Suami Heliza Redha Isteri Antara 17 Sukarelawan Malaysia “Diculik” Israel

“Aku meredaimu kerana Allah. Jumpa nanti insya-Allah.” Itulah kata-kata penuh ketabahan dan kasih sayang seorang suami, usahawan Datuk Mahadi Badrul...

Read more
by Puteri Alia
October 2, 2025
Screenshot
Lokal

Shakilla Khoriri Tak Dengar Khabar Ameena Selama 9 Hari Di Mekah-“Umi Tak Kecil Hati..”

Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri menyatakan bahawa kini sudah memasuki hari ke-9 dia tidak mendengar khabar berita mengenai anak perempuannya,...

Read more
by Naddy Joe
November 21, 2025
Lokal

“Mama Saya Tak Miskin!” – Cik B Buka Mulut Pertahan DSV Lepas Isu Lelong Jadi Tular

Sebelum ini isu lelong barangan mewah milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kembali menjadi perbualan hangat apabila sebanyak 727...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Lokal

Nubhan Sedia Terima Boikot! Mak Jenny Tak Tahu Apa-Apa Tentang Hal Ini

Penyanyi, Nubhan, menyatakan beliau bersedia menerima apa sahaja tindakan peminat, termasuk kemungkinan memboikot produk perniagaan yang menggunakan jenama ibunya, Mak...

Read more
by Aphit J.
October 25, 2025
Lokal

Zizi Kirana Tempelak Israel, “Kami Bawa Susu & Ubat, Bukan Senjata!”

Zizi Kirana sekali lagi menunjukkan keberanian apabila lantang mengecam propaganda rejim Israel yang mendakwa misi Global Sumud Flotilla mempunyai kaitan...

Read more
by Puteri Alia
September 22, 2025
Lokal

Fitnah RM5 Juta, Mentua Nubhan Mengamuk! Bertegas Tak Akan Diam Bila Maruah Keluarga Dicalar

Dituduh menuntut wang RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan, ibu mentua kepada penyanyi popular Nubhan, iaitu Zailah Zainudin tampil menafikan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
November 10, 2025
Foto - 成龍 Jackie Chan Fan Club (FB)
Bollywood

Janji Nak Buka Restoran Bersama, Ramai Tak Tahu Bahawa SRK & Jackie Chan Kawan Baik!

Ramai yang tahu bahawa King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja popular di India, malah luar negara. Reputasinya...

Read more
by Nurul A.
September 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Telatah Anak Shila Amzah Minta Kereta Elektrik!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak lelaki kepada penyanyi Shila Amzah yang meminta dibelikannya kereta elektrik yang berwarna...

Read more
by Noah Ab
November 11, 2025
Foto - @raja_azura (IG)
Lokal

Bekas Suami ‘Hilang’, Raja Azura Terpaksa Iklankan Pencarian Untuk Tuntut Nafkah Anak

Pengacara dan pelakon, Raja Azura telah mencuri perhatian ramai apabila dia telah menyiarkan iklan pencarian bekas suaminya, Adzmin Osman, di...

Read more
by Nurul A.
November 27, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore