Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Nama Sosok Yang Membuat Semua Penghuni Neraka Menangis, Juhainah Adalah Orang Terakhir Merangkak Masuk Syurga

by Puteri Alia
October 19, 2023
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Dikatakan jika manusia memohon dan berdoa kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga sebanyak tiga kali setiap hari, nescaya syurga akan menyebut kepada Allah SWT supaya hamba-Nya dimasukkan ke dalam syurga.

Jika manusia sentiasa berdoa supaya Allah SWT melindungi mereka daripada azab neraka sebanyak tiga kali sehari, nescaya neraka pula akan memohon kepada Allah SWT supaya menjauhkan hamba-Nya itu daripada dihumban ke dalam neraka.

Menurut sumber sahih, diriwayatkan oleh Ibnu al-Mubarak daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia diingatkan supaya berusaha menangis mengenangkan dosa yang dilakukan ketika hidup di dunia walaupun terpaksa menitiskan air mata, kerana sesungguhnya penghuni neraka akan menangis sehingga air mata mereka bergenang seperti sungai dan setelah kering air mata itu akan mengalir pula darah dari mata mereka seperti mata air sehinggakan kapal juga dapat berlayar di dalamnya.”

Sesungguhnya azab paling ringan dalam neraka ialah mereka yang dipakaikan selipar tetapi menyebabkan mendidih otaknya. Baginda SAW juga bersabda:

“Demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit sahaja ketawa di atas dunia dan menyimpannya pada akhirat nanti.”

Menurut sumber, orang terakhir keluar daripada neraka dan terakhir masuk ke dalam syurga seperti diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku mengetahui orang yang terakhir daripada neraka dan terakhir masuk ke syurga. Orang yang terakhir keluar daripada neraka dalam keadaan merangkak, Allah berfirman kepadanya: Pergilah kamu ke syurga dan masuklah ke dalamnya. Apabila dia pergi ke sana, Allah menunjukkan kepadanya bayangan bahawa syurga itu sudah penuh dan terus mengadu kepada Allah, lalu diperintahkan pergi semula ke syurga. Namun diberi gambaran lagi akan tiadanya kekosongan di sana dan kembali mengadu kepada Allah.

Kemudian selepas diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke syurga untuk kali ketiga dan berkata kepadanya bahawa dia akan mendapati keluasan di dalam syurga ialah seperti sepuluh kali keluasan dunia.

Hamba itu berkata: Adakah kamu mempermainkan aku, ya Allah? Tatkala pada saat itu sambil bersabda, Rasulullah ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya kerana sesungguhnya orang itu adalah yang paling rendah darjatnya tetapi dimasukkan juga ke dalam syurga.”

Ketika malaikat memanggil nama Juhainah, semua penghuni neraka menangis. Juhainah adalah orang terakhir yang keluar dari neraka dan paling akhir pula masuk ke surga.

Seluruh penduduk neraka akan menangis karena Juhainah telah dipanggil masuk ke surga terakhir kalinya sekaligus menjadi pertanda bahwa mereka yang tersisa akan kekal di dalam neraka.

Itulah kisah Juhainah, seseorang yang membuat semua penghuni neraka menangis tatkala malaikat memanggil namanya. Sebab, ia menjadi sosok terakhir yang dikeluarkan dari neraka dan tak ada lagi penghuni lain yang keluar setelahnya.

Sebagai umat Islam, kita sewajarnya berdoa dan janganlah sesekali meninggalkan solat sesungguhnya solat itu tiang agama. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nerakasyurga
Share35Tweet22SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara