Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Jom Cuba Sesuatu Yang Merah Dan Meriah Dengan Perisa Red Velvet Cheese Baharu Coolblog!

by Aphit J.
November 27, 2022
via SLPR Worldwide Group

via SLPR Worldwide Group

Share on Facebook

Sempena musim perayaan ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese!

Menikmati Kek Dalam Bentuk Smoothie

Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.

Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.

Gabungan Kek Dan Cheese Mousse

via SLPR Worldwide Group

Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet.

Bagi rakyat Malaysia yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Bagi pengemar coklat, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa – adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat!

Terdapat Penutup Khas

Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Setiap minuman berharga RM11.90.

Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati – dimana ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang! Bukan itu sahaja, peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama.

Biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
via Cool Blog
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara