Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Natasha Hudson Kembali Freehair, Padam Semua Gambar Berhijab Dan Tampil Tanpa Tudung Di Pantai

by Puteri Alia
October 20, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan model terkenal Natasha Hudson sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat memadam semua foto dirinya berhijab di laman Instagram. Lebih mencetuskan tanda tanya, wanita berusia 43 tahun itu turut memuat naik gambar terbaharu tanpa tudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan sebelum ini pernah dilaporkan kembali berhijab sekitar Julai lalu. Malah, ketika itu ramai memuji penampilan anggun pelakon filem Chermin itu yang dilihat semakin tenang dan sederhana dalam gaya hidupnya. Namun tindakan terbaharunya itu nyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya tentang perubahan imej tersebut.

Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, pemenang Anugerah Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-20 itu aktif berkongsi kehidupannya yang tenang dan sederhana di Pulau Langkawi. Natasha juga dikenali sebagai seorang yang gemar dengan kehidupan berasaskan alam semula jadi, malah sering memuat naik video dan foto aktiviti di tepi pantai, berkebun, serta beriadah bersama suami.

Selain itu, Natasha antara selebriti yang lantang bersuara mengenai isu kemanusiaan, khususnya tentang perjuangan rakyat Palestin. Dia kerap menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran dan solidariti terhadap nasib masyarakat di negara bergolak itu.

Ini bukan kali pertama Natasha mencetuskan perhatian berkaitan penampilannya. Sebelum ini, dia pernah beberapa kali berhijab dan juga mengenakan purdah, namun kemudian kembali membuka tudung. Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kelima pada tahun 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha dilihat lebih aktif dengan aktiviti lasak seperti sukan luncur air bersama suaminya dan kini tampak selesa dengan gaya hidup terbuka yang mencerminkan sisi bebas dirinya.

“Satu Jentik Seribu Makna” – Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

Walaupun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perubahan terbarunya itu, tindakan Natasha memadam foto berhijab dan tampil tanpa tudung jelas menarik perhatian ramai, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi di ruang komen dan forum hiburan dalam talian.

Natasha Hudson
https://lomp.at/pkbvw
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore