Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026
Share on Facebook

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang pelbagai persoalan.

Apa yang menarik, video tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan teknologi AI. Namun, visual yang dipaparkan cukup ‘deep’ memperlihatkan dua lelaki berpelukan dalam suasana penuh emosi, termasuk watak mirip Nazim sendiri yang dilihat menangis dan bersandar di bahu seseorang.

View this post on Instagram

Lebih mencetuskan tanda tanya, individu dalam video itu dikatakan seakan-akan menyerupai pelakon Korea terkenal, Lee Dong-wook.

Caption Penuh Makna?

Dalam perkongsian tersebut, Nazim menulis kapsyen berbunyi:

“Kadang-kadang, kita cuma perlukan seseorang untuk bersandar dan bahu untuk menangis.”

Ayat ini jelas membawa maksud yang cukup mendalam dan penuh emosi, seolah-olah menggambarkan perasaan kesunyian atau keperluan kepada seseorang dalam hidup.

Netizen Mula Berteka-Teki

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mula membuat spekulasi. Ada yang beranggapan ia sekadar karya seni atau eksperimen AI, namun tidak kurang juga yang berpendapat ia mungkin teaser untuk projek drama akan datang.

Dalam masa sama, pelakon senior Sheila Rusly turut meninggalkan komen yang mengundang lagi rasa ingin tahu:

“Emmm.. sesuatu. Selamat Hari Raya bro.”

Komen ringkas itu terus mencetuskan lagi persoalan, seolah-olah memberi bayangan ada ‘cerita’ di sebalik video tersebut.

Sedih Di Pagi Raya?

Untuk rekod, Nazim masih berstatus duda, dan persoalan tentang kehidupan peribadinya sering menjadi perhatian. Ada yang mula tertanya-tanya, adakah video ini mencerminkan keadaan emosinya ketika ini?

Adakah Nazim sedang melalui fasa sedih, lebih-lebih lagi di pagi Syawal?
Atau mungkinkah dia baru sahaja melalui episod putus cinta?

Atau… ini sebenarnya hanya satu bentuk penceritaan kreatif yang sengaja dicipta untuk mengusik emosi peminat?

Sama ada ia sekadar karya AI, teaser projek baru, atau luahan perasaan tersirat, yang pasti perkongsian ini cetuskan banyak persoalan.

MURAI pun jadi tertanya-tanya… ini seni atau realiti?

Nazim Othman Ralat Dengan Komen Sinis Netizen Terhadap Aprena Manrose
nazim othman
https://lomp.at/8bf4y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara