Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nazmi Nordin Divaksin Sebanyak Empat Kali, Ini Sebabnya!

Nazmi turut mendapat dua jenis vaksin yang berbeza, Sinopharm & Pfizer

by Khai Azfar
October 5, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini tular di laman Twitter perkongsian selebriti yang kini menetap di Dubai,Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Dr Nazmi Nordin mengenai dirinya yang kini sudah mendapat empat dos suntikan Vaksin COVID-19.

Terima Vaksin Sinopharm & Pfizer

Ihsan Nazmi Nordin

Menariknya lagi, Nazmi atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Che Nordin, 31 turut mendapat dua jenis vaksin yang berbeza, Sinopharm pada penghujung tahun lepas manakala Pfizer baru-baru ini. Menurut Nazmi ketika dihubungi Murai.my, antara sebab mengapa dia mendapat suntikan lebih dari dua kali berbanding rakyat Malaysia, adalah kerana kerajaan UAE telah mengeluarkan arahan kepada semua warganegaranya termasuk mereka yang berstatus penduduk yang telah lengkap dua dos vaksin jenis “Sinopharm” untuk mendapatkan ‘Vaccine Booster’ pula.

Ihsan Nazmi Nordin

“Ini bertujuan untuk mengekalkan “Green Status” pada aplikasi Alhosn, kalau di Malaysia ia seperti MySejahtera. Bukan itu sahaja, kami juga diberi pilihan samada mahu mendapatkan booster jab dari jenis vaksin yang sama iaitu Sinopharm atau terus bertukar kepada vaksin lain seperti Pfizer. Dengan syarat, 2 dos tambahan lagi diperlukan menjadikan jumlah keseluruhan 4 dos” dedah Nazmi

Ihsan Nazmi Nordin

Dalam pada itu, Nazmi juga berkata banyak kajian telah menunjukkan antibodi dalam badan akan menurun meskipun sudah lengkap dua dos vaksin.

“Mungkin tak banyak negara yang mengizinkan untuk campur dua jenis vaksin tetapi ada kajian di China, Brazil dan beberapa negara lain yang membolehkan vaksin yang berbeza diberi sebagai booster untuk meningkatkan imuniti terhadap covid-19 dengan lebih efektif” katanya lagi

Alami Simptom Biasa 

Ihsan Nazmi Nordin

Ketika ditanya mengenai kesan sampingan selepas menerima vaksin-vaksin tersebut, Nazmi bersyukur kerana tidak megalami kesan yang teruk dan hanya mengalami simptom normal seperti kebanyakan penerima vaksin. Malah dia juga berasa teruja apabila diberi pilihan untuk mengambil vaksin jenis Pfizer meskipun di media sosial terdapat khabar angin yang memomokkan mengenai kesan pengambilan vaksin berbeza.

“Alhamdulillah. Selepas menerima 2 dos vaksin jenis Sinopharm dan 2 dos Pfizer, saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk. Hanya mengalami sedikit pening kepala dan lenguh pada tempat suntikan

“Saya tidak takut tetapi lebih kepada teruja kerana diberi pilihan untuk mengambil vaksin jenis Pfizer. Kita sedia maklum Pfizer banyak diterima oleh kebanyakan negara di dunia kerana tahap keberkesanannya yang tinggi untuk melawan virus covid-19.

“Memandangkan varian delta adalah varian yang sangat dibimbangi sekarang disamping varian-varian baru yang mungkin terhasil, saya yakin atas nasihat pakar perubatan, mengambil 4 dos vaksin ini mampu melindungi diri saya dan orang sekeliling daripada covid-19” ujar Nazmi

Dalam pada itu, Nazmi turut menitipkan pesanan buat mereka yang masih menolak vaksin selain menegaskan implikasinya.

Alhamdulillah. Just completed my 2nd Pfizer shot. So in total i had received 4 doses of covid-19 vaccines, Sinopharm & Pfizer ??

22/12/2020 : 1st dose Sinopharm ✅
17/01/2021 : 2nd dose Sinopharm ✅

06/09/2021 : 1st dose Pfizer ✅
27/9/2021 : 2nd dose Pfizer ✅

Jom travel!! pic.twitter.com/dDfUkhJt6h

— NazmiNordin (@MohdNazmiNordin) September 27, 2021

“I have nothing much to say. Dah hampir 2 tahun kita hidup dgn virus ini. Rasanya kita boleh lihat dengan mata sendiri kesan buruk buat sesiapa yang dijangkiti virus covid-19. Cuba berfikir secara waras dan bijak, kesan positif terhadap diri kita dan orang lain jika kita divaksin. Jangan pentingkan diri sendri” tegasnya

Teruja Di Negara Orang 

Dalam perkembangan lain, Nazmi berasa teruja setelah setahun bergelar pensyarah dan penyelidik bidang Pengimejan Perubatan di Universiti Perubatan Gulf, Ajman. Malah pelajar-pelajarnya juga terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negara sekaligus sering bertukar pendapat mengenai budaya dan adat resam negara masing-masing termasuk Malaysia yang tercinta.

“Sudah setahun saya jadi pensyarah di UAE mengajar para pelajar dari pelbagai latar belakang dan negara seperti Lebanon, Jordan, Palestin, Mesir, Uzbezkistan, Bahrain, Sudan, Nigeria dan banyak lagi. It is an experience that money cannot buy.

“Kami sering bertukar-tukar cerita dan pendapat tentang budaya dan adat resam orang kita dengan masyarakat dari negara mereka. Ada juga pelajar yang terkejut bila tau saya berasal dari Malaysia. Mereka fikir saya original berasal dari negara Arab tetapi ada sedikit darah campuran dari Asia” selorohnya

Untuk info, selain Nazmi penyanyi Sasha Saidin yang juga anggota anggota kumpulan Elite sebagai turut divaksin sebanyak empat kali. Kedua-dua mereka yang menetap di Dubai merupakan antara rakyat Malaysia terawal yang menerima vaksin COVID-19.

nazmi nordinVaksin Covid-19
https://lomp.at/r9lrg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara