Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

A Aida, Sasha Saidin & Nazmi Nordin Selebriti Pertama Terima Vaksin COVID-19

by Khai Azfar
April 16, 2021
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiga selebriti ini, Datuk A Aida, Dr Nazmi Nordin dan Sasha Saidin menjadi antara selebriti pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Nazmi & Sasha Terima Sinopharm, A Aida Disuntik Pfizer

Jika Nazmi dan Sasha selesai menerima dua suntikan vaksin jenis Sinopharm di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Januari lalu, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51 pula menerima suntikan jenis Pfizer-BioNTech semalam (Khamis).

View this post on Instagram

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin)

Memetik laporan Kosmo, penerbit terkenal itu menerima suntikan menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

“Alhamdulillah selesai suntikan pertama pagi tadi. Semuanya berjalan dengan lancar.

“Nak kata takut tu tidak, saya pasrah je apabila nama tersenarai sebagai penerima vaksin hari ini,” katanya seperti dipetik media

Normal Sekiranya Alami Kesan Sampingan

Dalam perkembangan berkaitan, perkongsian Nazmi mengenai pengalaman dan kesedaran suntikan vaksin tular di Twitter baru-baru ini.

“NASIHAT SAYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA, SILA DAPATKAN VAKSIN COVID-19 JIKA DIBERI PELUANG. SEBAB APA? COVID-19 MERUPAKAN VIRUS BARU YANG MELANDA SELURUH DUNIA”

“JADI BADAN KITA MEMERLUKAN “SENJATA” BARU UTK MELAWAN VIRUS NI. SEBAB TU VAKSIN KHAS UTK MELAWAN WABAK INI DIWUJUDKAN UNTUK MERANGSANG BADAN KITA MENDALAMI ANTIBODI YANG KHUSUS KALAU KITA DIJANGKITI COVID-19.PENDEK KATA, VAKSIN INI MEMBANTU UNTUK MENGUATKAN LAGI SISTEM IMUNISASI DALAM BADAN KITA” kata Nazmi

Ketika dihubungi Murai.my sebelum ini, model dan pelakon yang kini bergelar pensyarah di Dubai itu berkata orang ramai tidak perlu panik sekiranya mengalami kesan sampingan selepas disuntik vaksin. Tegasnya, kesan ini adalah normal memandangkan badan sedang menghasilkan antibodi yang baharu.

a.aidanazmi nordinsasha saidinVaksin Covid-19
https://lomp.at/opx11
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem