• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Neelofa Kongsi Tips & Nasihat Dalam Saluran Telegram

by Khai Azfar
April 27, 2020
Share on Facebook

Selebriti popular, Neelofa telah mewujudkan saluran Telegram sempena Ramadan, kongsi doa harian, tips memahami erti bacaan dalam solat dan perkara-perkara ilmiah di pelantar permesejan Telegram.

Kongsi Pelbagai Perkara Berkaitan Agama Dan Motivasi 

Dilancarkan sekitar minggu lalu, saluran yang diuruskan sendiri oleh Neelofa itu menjadi medium pengantara untuk berkongsi perkara-perkara berkaitan solat, agama dan motivasi. Antara perkongsian yang dilakukan termasuklah cara memahami dan mengingat bacaan dalam solat, doa harian dan pelbagai bahan-bahan ilmiah lain seperti ayat al-Quran dan video ceramah agama.

Pengusaha jenama Naelofar itu memberitahu, tujuan saluran Telegram tersebut diwujudkan adalah kerana suasana sambutan Ramadan pada tahun ini yang sangat istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk keluar daripada kediaman masing-masing. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.

“Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang alhamdulillah dan ini antara keindahan Ramadan pada kali ini,” katanya.

71 Orang Langgan Saluran Neelofa 

Kini mempunyai langganan seramai lebih 71 ribu orang, saluran Telegram berkenaan dianggap sekadar ruang baginya untuk berkongsi ilmu.

“Selama ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories, tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca (skip).

“Jadi dengan saluran Telegram ini, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak meyimpang. Saya harap, perkongsian ini dapat dimanfaatkan pada keadaan sukar seperti sekarang,” katanya lagi kepada edaran media .

Menerusi temu bual ringkas yang dijalankan dalam kalangan pengikut saluran berkenaan, rata-rata menyambut baik dengan inisiatif Neelofa itu.

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

Malah, ada juga yang berpendapat perkongsian Neelofa di Telegram sebagai satu hal yang dapat mendekatkan lagi usahawan itu dengan peminatnya.

“Saya rasakan saluran ini sangat bagus kerana ramai dapat mengikuti apa yang Neelofa lakukan sehari-harian dan dapat menambah ilmu yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang,” ujar salah seorang pelanggan saluran berkenaan.

Saluran Telegram boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa di ruangan carian.

neelofaTelegram Neelofa
https://lomp.at/a0u0i
Share7Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?

by Ayden Mikhael
May 5, 2019

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun...

Read moreDetails
Inspirasi

Selepas 9 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Bersedia Dedah Punca Penceraian

by Phic ARMAN
September 10, 2018

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga...

Read moreDetails
Inspirasi

[GAMBAR] Kacak & Jelita! Kenali Abang Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa

by Khai Azfar
July 6, 2018

Jika kita bercakap mengenai pelakon Ummi Nazeera tak dinafikan dia sememangnya cantik dengan gayanya tersendiri! Namun suka untuk kami 'siasat'...

Read moreDetails
Inspirasi

Memang Cantik! Jom Intai Keunikan Lokasi ‘Shooting’ Drama 7 Hari Mencintaiku

by Naddy Joe
July 21, 2020

Anda mesti pernah menonton 7 Hari Mencintaiku yang ditayangkan pada tahun 2016 bukan? Sekarang 7 Hari Mencintaiku 2 masih hangat...

Read moreDetails
Inspirasi

2 Anak Muda Ini Sambung Legasi Bapa Jadi Pembaca Berita

by Zaidin Albert
September 3, 2017

Dua orang personaliti TV muda ini bakal menjadi pelapis baru dalam dunia pengacaraan. Hawa Rizwana, wanita yang menjadi tular gara-gara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore