Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Neelofa Perdengarkan Maksud Bacaan Ayat Al-Quran Dalam Bahasa Melayu

by Khai Azfar
August 13, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun ketika ini, selebriti terkenal Neelofa sedang berada di Mekah bagi mengerjakan ibadat Haji bersama keluarga nya, namun pengacara ini terlebih dahulu sempat mengumumkan kerjasama nya bersama sebuah pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro.

Perdengarkan Maksud Bacaan Ayat Al-Quran

Menerusi kerjasama yang dikenali sebagai Makna By Lofa, ianya merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran. Sebagai info ini juga merupakan kolaborasi pertama Neelofa bersama Muslim Pro.

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, Lofa akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang Lofa ada ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Gembira Wujudkan Makna By Lofa

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.

“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.

“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” katanya lagi.

Tambah Neelofa, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana perjalanan mewujudkan Makna By Lofa dipermudahkan. Malah ianya juga tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan. Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.

“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah,” ujarnya.

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon. Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.

Neelofa Individu Pertama ‘Pinjamkan Suara’

Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata: “Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu. Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk dengan kerja,”

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: MAKNA By LofaMuslim ProneelofaNeelofa Muslim Pro
Share4Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai
Bollywood

Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai

by Aphit J.
February 5, 2023
Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan