• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Neelofa Pilih Airbnb Jadi Hos Untuk ‘Open House’ Sempena Hari Raya Aidilfitri- ‘Saya Tidak Sabar…’

by Phic ARMAN
May 11, 2023
Share on Facebook

Nikmati percutian keluarga yang tidak dapat dilupakan sebelum berakhirnya Aidilfitri tahun ini! Airbnb mengalu-alukan anda ke Rumah Terbuka pertamanya sempena musim perayaan ini, yang dihoskan oleh tidak lain tidak bukan, selebriti Malaysia tersohor, Neelofa.

Pelakon, hos TV, dan usahawan terkenal itu kini menambah Hos Airbnb ke dalam ‘portfolio’ beliau. Neelofa akan mengalu-alukan tetamu ke salah satu penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga di kawasan luar bandar Selangor yang indah, untuk sebuah percutian Raya yang istimewa. Neelofa akan mengehoskan penginapan ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.

VIA Instagram Neelofa

Para tetamu akan berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi memasak yang mengujakan bersama Neelofa. Homecook berbakat ini akan berkongsi cara menyediakan sebuah hidangan Raya yang lazat, yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.

Neelofa berkongsi,

“Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengehos Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar. Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka.”

Terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur, Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang. Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan. Para tetamu boleh menikmati waktu petang yang tenang sambil menerokai
kawasan itu, atau berehat bersama orang yang tersayang di gazebo taman bunga vila tersebut.

Neelofa Nekad Belajar Bahasa Arab, Enggan Lagi Hanya Baca al-Quran Tanpa Faham Maksud

Rumah Terbuka Airbnb akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023. Penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu, and boleh ditempah pada harga istimewa RM100* sahaja. Harga ini akan dipaparkan di penyenaraian (listing) tersebut apabila tempahan dibuka di airbnb.com/rayawithneelofa pada Isnin depan, 15 Mei 2023, tepat pada jam 9 pagi – tempahan terdahulu akan diutamakan!

Airbnbneelofa
https://lomp.at/41c13
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

“Luar Nampak Garang, Tapi Dia Sebenarnya…”- Reen Rahim Kongsi ‘Asam Garam’ Uruskan Perniagaan Dengan Suami

by Phic ARMAN
December 9, 2025

MURAI mahu ceritakan  sedikit pasal Reen Rahim yang bukan saja cantik dan berbakat, tapi pandai urus bisnes dengan suami, Hazim...

Read more
Berita

Umrah 1,000 Asnaf: 15 Jemaah Termasuk Dari Sabah Terima Tajaan Pakej

Kalian bayangkan, impian untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci tanpa keluarkan sesen pun akhirnya jadi realiti buat 15 orang asnaf...

Read more
by Phic ARMAN
September 20, 2025
Bisnes

Safee Sali Bangga Dengan Ahmad’s- “Ia Bukan Sekadar Jenama Makanan”

Kalau sebut nama Safee Sali, ramai yang akan teringat detik-detik emas bola sepak Malaysia dulu, gol kemenangan, sorakan penuh semangat,...

Read more
by Phic ARMAN
October 31, 2025
Destinasi

Dinobatkan Syarikat Penerbangan Terbaik Asia! Vietjet Perkenal Laluan Baharu Terus Ke Da Nang Bermula October ini!

Vietjet, syarikat penerbangan terkemuka dari Vietnam, sekali lagi membuktikan keunggulannya di persada dunia apabila diumumkan sebagai “Syarikat Penerbangan Terbaik Asia...

Read more
by Aphit J.
October 18, 2025
Destinasi

Bintulu 2026: Dari Bandar Industri ke Destinasi Pelancongan Paling Cool di Sarawak

Dahulu dikenali sebagai nadi perindustrian Sarawak, Bintulu kini muncul sebagai destinasi pelancongan yang wajib diterokai menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026....

Read more
by Aphit J.
November 16, 2025
Berita

Mahu Tahu Bantuan Yang Anda Layak? Jom Semak Di Portal Ihsan MADANI

Portal Ihsan MADANI diperkenalkan sebagai platform sehenti yang membantu rakyat mendapatkan maklumat lengkap mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan berkaitan...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Bisnes

5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Lepas MURAI tengok sendiri bagaimana Restoran Khairul Aming baharu di perkenalkan, Rembayung dan disambut orang ramai, ada beberapa benda yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 9, 2025
Berita

[VIDEO] Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai Yang Cedera Akibat Futsal-“Haritu Kepala, Ni Kaki Pulak!..”

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi keadaan suaminya pempengaruh media sosial, Ubai Mz yang mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki dan buku...

Read more
by Naddy Joe
October 10, 2025
Berita

Topi Keledar Lama? Tukar Percuma Dengan JPJ & Selamatkan Kepala Anda!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Program MADANI Rakyat (PMR), kini membuka Program Penukaran Topi...

Read more
by Aisy
December 5, 2025
Berita

[VIDEO] Che Ta Titip Nasihat Kepada Ammar, Netizen Puji!-“Nasihat Anak Sendiri Dulu Lebih Utama..”

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mencuri perhatian netizen selepas dilihat menitipkan pesanan buat putera sulungnya, Ammar Effendy yang baru...

Read more
by Naddy Joe
October 30, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore