Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Neelofa Pilih Airbnb Jadi Hos Untuk ‘Open House’ Sempena Hari Raya Aidilfitri- ‘Saya Tidak Sabar…’

by Phic ARMAN
May 11, 2023
Share on Facebook

Nikmati percutian keluarga yang tidak dapat dilupakan sebelum berakhirnya Aidilfitri tahun ini! Airbnb mengalu-alukan anda ke Rumah Terbuka pertamanya sempena musim perayaan ini, yang dihoskan oleh tidak lain tidak bukan, selebriti Malaysia tersohor, Neelofa.

Pelakon, hos TV, dan usahawan terkenal itu kini menambah Hos Airbnb ke dalam ‘portfolio’ beliau. Neelofa akan mengalu-alukan tetamu ke salah satu penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga di kawasan luar bandar Selangor yang indah, untuk sebuah percutian Raya yang istimewa. Neelofa akan mengehoskan penginapan ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.

VIA Instagram Neelofa

Para tetamu akan berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi memasak yang mengujakan bersama Neelofa. Homecook berbakat ini akan berkongsi cara menyediakan sebuah hidangan Raya yang lazat, yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.

Neelofa berkongsi,

“Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengehos Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar. Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka.”

Terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur, Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang. Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan. Para tetamu boleh menikmati waktu petang yang tenang sambil menerokai
kawasan itu, atau berehat bersama orang yang tersayang di gazebo taman bunga vila tersebut.

Neelofa Akui Pernah Gagal Belajar Bahasa Arab, Kini Terkejut Mampu Hafal 10 Bab

Rumah Terbuka Airbnb akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023. Penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu, and boleh ditempah pada harga istimewa RM100* sahaja. Harga ini akan dipaparkan di penyenaraian (listing) tersebut apabila tempahan dibuka di airbnb.com/rayawithneelofa pada Isnin depan, 15 Mei 2023, tepat pada jam 9 pagi – tempahan terdahulu akan diutamakan!

Airbnbneelofa
https://lomp.at/41c13
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

DMA Islam Ditegur Syazwan Zulkifly Isu Kenyataan Anggap Artis Bodoh?-“Tak Guna Kaya Tapi Biadap..”

by Naddy Joe
April 17, 2026

Pempengaruh media sosial, DMA Islam sebelum ini mengundang pelbagai reaksi netizen serta penggiat seni di media sosial selepas berkongsi pendiriannya...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara