• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hadiahkan Elyana Koleksi Tudung, Netizen Titip Doa Buat Neelofa

Mereka menitipkan doa buat Neelofa untuk terus dimurahkan rezeki

by Khai Azfar
June 18, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Erneelya Elyana Emrizal, 33 atau lebih dikenali sebagai Elyana meluahkan rasa terharu selepas menerima kejutan daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

Elyana Gembira Terima Kejutan Dari Neelofa

Dalam video yang dikongsi oleh Elyana, dia turut berasa gembira kerana Neelofa telah menghadiahkannya koleksi tudung jenama selebriti itu. Lebih manis, Elyana berkata dia hanya membawa sehelai tudung ketika menjalani rawatan radioterapi dan tidak menyangka akan menerima begitu banyak tudung selepas itu.

“Saya hari ini gembira sangat. Ceritanya, saya memang bawa satu tudung sahaja sebelum ini, tiba-tiba Neelofa beri saya banyak tudung. Memang rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu,” ujar Elyana gembira

https://www.instagram.com/p/CQNxydAD-12/

Neelofa Sebak

Dalam pada itu, Neelofa turut mengulang siar video Elyana di Insta story nya. Akui sebak menonton video tersebut, jelas isteri kepada PU Riz itu dia berasa kagum dengan semangat Elyana untuk terus kuat melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

“Masya-Allah, saya pula hendak menangis tengok video ini.

“Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria walaupun dalam kesakitan. Moga Allah SWT kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulis Neelofa

Peminat Titip Doa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa gembira apabila melihat penyanyi kesayangan mereka itu tersenyum menerima pemberian tersebut.

Malah mereka turut menitipkan doa buat Neelofa untuk terus dimurahkan rezeki selain mendoakan Elyana diberikan kesembuhan segera. Sebagai info, Elyana kini sedang melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu.

Penampilan Neelofa Cetus Perdebatan Netizen Di IG?-"Nampak Bentuk.."
elyanaNaelofarneelofa
https://lomp.at/j0hok
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Peminat Puji Anak Sulung Ziana Zain, – “Menjadi-jadi Handsome, Bakal Pramugara Juga Ke?”

by Zaidin Albert
April 26, 2023

Dalam menyambut 1 Syawal baru-baru ini, penyanyi popular Ziana Zain tidak melepaskan peluang berkongsi gambar bersama keluarga. Sebelum ini Ziana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore