Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nelydia Senrose Dan Suami Tunai Ibadah Haji, Barisan Rakan Artis Titip Ucapan

Berita gembira yang dikongsikan pelakon ini mendapat titipan doa ramai rakan selebriti

by Puteri Alia
July 4, 2022
via Instagram Nelydia Senrose

via Instagram Nelydia Senrose

Share on Facebook

Pelakon jelita, Nelydia Senrose berkongsi berita gembira di Instagramnya pada 3 Julai (semalam) di mana dia bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi terpilih menjadi tetamu Allah SWT bagi menjalani ibadah haji pada tahun ini.

Gembira Jadi Tetamu Allah

Nelydia memuatnaik gambarnya bersama suami di lapangan terbang dan meluahkan rasa gembira menerusi coretan yang ditulis kerana dapat menunaikan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini.

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.

Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua.” Tulisnya

Mohon Maaf Dan Doa Mendapat Haji Mabrur

Pelakon berbakat ini juga memohon kemaafan menerusi kapsyen yang ditulis dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar dia dan suaminya mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan balik.

“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari maupun yang tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.

Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur.” Pintanya

via Instagram Nelydia Senrose

Rakan Artis Titip Ucapan

Muatnaik tersebut terus dibanjiri dengan pelbagai komen-komen dari rakan selebriti yang menitipkan doa, agar Nelydia dan suaminya mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan sepanjang di tanah suci.

“Sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu baby. Doakan untuk I juga ya baby sayang. Semoga mendapat haji yang mabrur dan terus istiqomah ke jalan Allah. Allahuakbar” – @mrsaprenamanrose

“MashaAllah seronoknya. Semoga dapat haji yang mabrur Nely!” – @mfmirafilzah

“Bestnya! Semoga dapat haji yang mabrur” – @elisyasandhaofficial

“Amin ya rabbal alamin. Semoga Allah merahmati kamu berdua. Jaga diri Hafez dan Nely” – @elfiraloy

via Instagram Nelydia Senrose

“Semoga dipermudahkan (emoji hati)” – @nadia.brian

“(emoji hati) both!” – @kamaladli

“Ya Allah seronoknya dapat menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah Haji. Semoga di permudahkan segala amalan di sana dan di kurniakan haji yang mabrur amin” – @zarinazainuddin_

“@nelydiasenrose Selamat jalan dan pulang. Juga selamat melaksanakan ibadah haji. Semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur baby kak Nina.” – @ninajuren

Semoga Nelydia dan suami dikurniakan haji yang mabrur, dan selamat pergi dan balik. InsyaAllah.

Nelydia Senrose Kini Sah Bergelar Datin, Netizen Puji ‘Padan Serasi’ Lepas Suami Dianugerah Datuk Oleh Sultan Pahang
nelydia senrose
https://lomp.at/mift9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Spotlight

Rozi Kongsi Kisah Siti Nurhaliza & Mendiang Chester Bennington Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, baru-baru ini berkongsi satu memori manis zaman dia terlibat dengan MTV Asia Award...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara