• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa

Kes inkues Baby Syifaa yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguh kerana Hakim Koroner dilapor pergi kursus

by Puteri Alia
June 30, 2022
via Instagram Yuseri Yusoff

via Instagram Yuseri Yusoff

Share on Facebook

Sebelum ini Murai MY melaporkan tentang pandangan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam tentang kes kematian Baby Syifaa yang dilihat meragukan dan tidak masuk akal serta perlu disiasat.

Umum sedia maklum pada 29 Jun 2022 (semalam), sebutan kes inkues bagi mencari punca sebenar kematian Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri yang didakwa terjerut kain buaian tidak dapat dijalankan kerana Hakim Koroner dilaporkan mengikuti kursus.

Hal tersebut tular dan menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial, apatah lagi ramai yang ingin mengetahui tentang kebenaran disebalik kematian tragis bayi perempuan berusia 15 bulan itu.

“Tiada Perintah Dan Larangan Bertulis”

Menjengah ke Instagram bapa kepada bayi syurga ini iaitu Yuseri Yusoff, berkongsi bahawa dia ‘dinasihati’ Hakim Mahkamah Sesyen Seremban untuk tidak mengulas dan berkongsi sebarang perkembangan mengenai kes kematian anaknya di media sosial.

Namun melihat muatnaik terkini Yuseri, dia mendedahkan tidak mendapat sebarang perintah dan larangan secara bertulis dari mahkamah berkenaan perkara tersebut. Yuseri dengan tegas akan berkongsi perkembangan kes Baby Syifaa sehingga keadilan terbela untuk anak bongsunya itu.

“Tiada Perintah dan Larangan bertulis yang diterima oleh Peguam Pemerhati Keluarga hari ini. Ringkasnya, saya tidak menerima sebarang arahan atau larangan dari mahkamah hari ini selain ‘nasihat’ YA Hakim.

Sebelum ini, saya mempersoalkan Jabatan Peguam Negara kerana tidak menjawab surat kami yang telah dihantar secara bertulis. Dua bulan lagi inkues berjalan. Aku tak peduli tentang inkues lagi, malah aku sengaja berkongsi laporan post-mortem, gambar kecederaan Baby Syifaa.” Tulisnya

Sistem Keadilan Menutup Kebenaran?

Dalam muatnaik yang dikongsikan, Yuseri mendedahkan sistem keadilan yang sepatutnya berperanan menegakkan keadilan kini sanggup menutup kebenaran dengan pelbagai alasan.

“Kini masyarakat boleh menilai bagaimana sistem yang sepatutnya menegakkan kebenaran demi kedaulatan undang-undang sedang bertungkus-lumus menutup kebenaran.” Coretnya

via Instagram Yuseri Yusoff

Netizen Berang Dengan Hakim?

Melihat muatnaik yang dikongsikan oleh bapa Baby Syifaa di Instagram, membuatkan ramai warganet memberi komen diruangan komen. Ramai yang meluahkan rasa marah dan mengkritik pihak berkuasa seolah-olah sengaja menangguhkan kes inkues Baby Syifaa.

“Macam-macam alasan tak munasabah. Terus lawan untuk Baby Syifaa tuan YY #justice4babysyifaa”

“Hakim kursus hari ni, 22 September nanti Hakim m*mpus pula agaknya”

“Kursus apa? Harap bukan kursus kahwinlah.. Kang 22 haribulan umum tarikh kahwin pula”

“Kes berat tapi mahkamah pandang rendah. Hakim kursus lah, Hakim mc lah. Apa punya s*al undang-undang kat Malaysia ni”

“Mula-mula EL…. Lepas tu kursus.. Halah halah… Teruk sangat dah ni” komen netizen berang

via Instagram Yuseri Yusoff

“Berkursus.. Adoi.. Inkues ni dah letak tarikh kan sebulan lepas.. Hakim kelawakan.. Apakah ini”

“Tiba-tiba waktu kejadian pergi kursus. Eh tiba-tiba, EL. Apo?”

“Undang-undang yang melindungi penjenayah.. Kejam mahkamah dunia.. Yang terlibat jangan ingat senang-senang nak taubat ya.. Jawablah dulu sebab bersubahat”

“Haritu Hakim emergency leave harini berkursus pula, macam-macam alasan tangguh banyak kali dah ni. Kami dok perhati ja kes ni”

“Tangguh lagi… Aduh.. Kalau kes lain within 24 jam dah kena tangkap suspek..” komen mereka

via Instagram Yuseri Yusoff

Untuk rekod, kes sebutan inkues Baby Syifaa akan dibicarakan semula dengan tarikh baru pada 22 September, 10 dan 17 November 2022 ini nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

Baby SyifaaInkuesJustice For Baby SyifaaJustice4BabySyifaaYuseri Yusoff
https://lomp.at/uwndq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore