Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

‘Tak Masuk Akal’- Che’ Puan Khaleeda Hairan Dengan Kes Baby Syifaa Terjerut Buai

Isteri Tunku Mahkota Johor beri ulasan bayi 15 bulan terjerut buai di pusat asuhan tidak masuk akal

by Puteri Alia
June 23, 2022
via Instagram Che' Puan Khaleeda Bustamam

via Instagram Che' Puan Khaleeda Bustamam

70
KONGSIAN
Share on Facebook

Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam memberi pandangan beliau mengenai kes kematian bayi perempuan 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau dikenali sebagai Baby Syifaa yang didakwa meninggal dunia akibat terjerut kain buai.

Tidak Masuk Akal

Susulan kes kematian bayi malang di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan tidak menemui sebarang perkembangan siasatan sejak bulan Februari lalu, isteri kepada Tunku Mahkota Johor ini berkongsi pandangan beliau di Insta Stories-nya.

Beliau mempersoalkan terdapat kesan luka di kaki mangsa seolah-olah seperti diheret dan mengatakan bahawa kesan jerutan yang terdapat pada bayi syurga itu bukan seperti terjerut kain buai.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kaki nya seperti dia diheret.” Tulis beliau

via Instagram Che’ Puan Khaleeda Bustamam

Kesan Jerutan Nipis

Beliau juga mempersoalkan jika bayi berkenaan benar dijerut kain buai, sepatutnya kesan jerutan adalah tebal dan bukannya nipis seperti yang terdapat pada leher Baby Syifaa.

“Dan lagi satu yang kawan saya persoalkan, kesan di leher tu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, bukan ke kesan jerutan tebal? Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis.” Coret beliau

via Instagram Che’ Puan Khaleeda Bustamam

“Tiada Manusia Waras Akal Yang Percaya Baby Syifaa Terjerut”

Murai MY menjengah ke Instagram bapa arwah Baby Syifaa, Yuseri Yusoff menghargai pandangan Che’ Puan Khaleeda yang juga turut mengambil berat tentang perkembangan kes kematian anak perempuannya itu.

Yuseri juga mengatakan dalam coretan di Instagram, bahawa tiada manusia yang mempunyai pertimbangan akal yang waras percaya punca kematian anak bongsunya itu akibat jerutan kain buai.

“YM Puan Besar Khaleeda mengatakan tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan kesan di kaki seperti diheret.

Ya Puan,

Tiada manusia waras akal yang percaya Baby Syifaa terjerut buai melainkan OCPD Seremban, ACP Nanda Maarof, Inspektor Thinagaran serta Dr. Mohammad Azaini. Yang lain semua kata “murder case”.

Sebagai bapa arwah, saya harap Puan Besar boleh bantu memanjangkan kes Baby Syifaa kepada TMJ supaya AGC mengambil tindakan segera.

Kita tak perlu buang masa mahkamah yang mulia dan buat Inkues melainkan Pendakwaraya nak tuduh ikut 302 KK jika Mahkamah Khas Koroner mendapati anak saya dibunuh.” Coretnya

via Instagram Che’ Puan Khaleeda Bustamam

Sekadar info, Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 petang dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian di dalam sebuah bilik di pusat asuhan yang terletak di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.

Sebutan semula kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan setahun tiga bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri telah ditetapkan pada 29 Jun ini nanti di Mahkamah Koroner Seremban.

Murai MY mendoakan kebenaran terbongkar agar arwah Baby Syifaa mendapat keadilan yang sepatutnya, dan pesalah menerima hukuman sekerasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Baby SyifaaChe’ Puan Khaleeda BustamamPDRMTerjerut Kain BuaiTunku Ismail Sultan IbrahimYuseri Yusoff
https://lomp.at/4d096
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem