Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Netizen Gesa Influencer Lain Turut Serta Seperti Khairul Aming Yang Menyalurkan RM100,000 Buat Palestin!

by Jash Lee
October 16, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan peperangan besar antara Palestin dan tentera Zionis yang kejam sehingga melibatkan banyak nyawa yang terkorban terutamanya golongan muda dan kanak-kanak.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming baru-baru ini memaklumkan yang pihaknya telah menyumbangkan RM100,000 kepada Tabung Cinta Gaza (GCM) bagi membantu mangsa-mangsa di Palestin dalam mengahdapi ujian ketika ini.

Derma Dari Pembeli Sambal Nyet!

Menerusi hantaran di laman instagram miliknya, derma sebanyak RM100,000 itu merupakan hasil dari orang ramai yang membeli Sambal Nyet produk jualannya. Dalam waktu yang sama, Khairul Aming juga mengajak orang ramai untuk membantunya memenuhkan pungutan dana sebanyak RM10 Juta yang diperlukan rakyat Palestin bagi mencukupkan barang kecemasan dan keperluan asas seperti ubat-ubatan, makanan, peralatan penting dan lain-lain.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Menurut di instastory milik Khairul Aming, pungutan sehingga semalam telah mencecah sebanyak RM6 Juta dan sedikit sebanyak dapat membantu penduduk Gaza dalam menghadapi keadaan yang sukar tambah pula penduduk di sana bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi.

VIA INSTAGRAM

Pempengaruh itu juga tidak memaksa orang ramai untuk menyalurkan bantuan tersebut malah dia memberitahu tiada jumlah minimun atau maksimum untuk menyalurkan derma tersebut.

Apa-apa pun, sebagai sesama islam, selain dari sumbangan kewangan jangan lupa untuk mendoakan mereka agar segalanya kembali seperti sedia kala serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat mereka. Semoga suatu hari nanti, negara Palestin kembali aman damai tanpa penjajah dari bangsa luar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Khairul Aming
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara