Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Mula Hidu ‘Orang Ketiga’? Hubungan Bella Astillah Dan Syed Saddiq Didakwa Diganggu Individu Rapat!

by Puteri Alia
November 3, 2025
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba laman Threads kecoh dengan spekulasi bahawa hubungan antara penyanyi Bella Astillah dan ahli politik muda, Syed Saddiq kini mula diganggu kehadiran seorang wanita lain. Nama wanita berkenaan, dikenali sebagai Ami Ilana, dikatakan rapat dengan kedua-duanya dan menjadi punca timbulnya pelbagai andaian di kalangan netizen.

Apa yang menghangatkan lagi gosip ini ialah dakwaan bahawa ibu kepada Ahli Parlimen Muar itu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, lebih menyenangi wanita tersebut berbanding Bella. Lebih mencuri perhatian, netizen mendapati Instagram Sharifah Mahani dipenuhi gambar bersama Ami, sedangkan tiada langsung foto bersama Bella, seolah-olah memberi isyarat tersirat tentang siapa yang lebih digemari.

“Saya dah stalk Instagram mama Syed Saddiq, gambar Bella tiada tapi gambar dengan staf itu ada. Done kepoci,” tulis seorang pengguna Threads, manakala seorang lagi menambah, “Aku baru perasan Instagram mama YB memang penuh muka perempuan itu dan Bella tak update langsung pasal YB punya Ironman.”

Daripada pemerhatian pengguna media sosial, Bella, Syed Saddiq dan Ami kelihatan akrab apabila beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama, termasuk bercuti di luar negara. Situasi itu membuatkan sesetengah peminat mula berspekulasi bahawa Bella mungkin bukan calon pilihan keluarga ahli politik berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap penyanyi berusia 31 tahun itu, mengingatkan kembali kisah perit yang pernah dilaluinya dalam rumah tangga lalu.

“Kasihan Bella, kenapa emak teman lelakinya tak sukakan dia sedangkan dia baik gila. Apa kurangnya dia,” komen seorang pengguna. “Harap Bella tak kena khianat lagi. Orang baik selalu kena khianat. Sumpah tak sanggup tengok dia sedih lagi,” tulis seorang lagi.

Tidak cukup dengan itu, ruangan komen di akaun Instagram milik wanita yang dikaitkan sebagai ‘pengacau’ turut dibanjiri reaksi pedas daripada warganet yang mempersoalkan kedudukannya dalam kehidupan pasangan itu.

[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend 'Kacamata', Netizen 'Cemburu'!-"Ni Afgan Pun Kalah.."

Sebelum ini, hubungan antara Bella dan Syed Saddiq menjadi perhatian ramai apabila kedua-duanya sering dilihat bersama dalam urusan kerja mewakili beberapa jenama terkenal. Meskipun masing-masing menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan, tindakan Bella yang menemani Syed Saddiq ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis pada 14 September lalu membuatkan peminat semakin yakin bahawa antara mereka sebenarnya wujud lebih daripada sekadar persahabatan.

Namun kini, dengan timbulnya kisah baru melibatkan wanita ketiga dan restu keluarga yang dipersoalkan, ramai yang tertanya-tanya, adakah hubungan yang dilihat semakin rapat itu mampu bertahan atau akan berakhir sebelum sempat disahkan?

Bella Astillahsyed saddiq
https://lomp.at/5j0tj
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara