• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Netizen Persoal Noreen Iman Buka Aib Sendiri Demi Konten?

Netizen syak selebriti media sosial kongsi video kerana konten semata-mata

by Puteri Alia
December 17, 2021
Foto - Instagram @norreen143

Foto - Instagram @norreen143

Share on Facebook

Masih lagi tular mengenai selebriti media sosial Norreen Iman, yang mengaku termakan sandwich yang mengandungi perut babi (pork belly) menerusi rakaman video di Instagram nya.

Kini di laman Twitter warganet heboh mempersoalkan motif sebenar selebriti media sosial tersebut, berkongsi video rakaman yang mendakwa dirinya termakan sandwich berkenaan.

Persoal Mustahil Tak Baca Dulu Sebelum Makan

Pengguna media sosial terkenal di Twitter @Mulut_Cabai berkongsi pandangannya dengan mengatakan, selebriti media sosial berkenaan bukan berada di negara yang sukar difahami bahasanya.

Tambahan lagi, pemilik Twitter ini juga menyoal tak kan wanita berkenaan tidak membaca dahulu kandungan sebelum menjamah sandwich tersebut.

Foto – Twitter

“Nyah.. Kau p negara Omputih nyah. Bukan p Jepun, Thailand, Zimbabwe sampai tak tahu beza, tak tahu nak membaca, tak tahu nak sahkan dulu.

Lawak hambar kau nyah. Sian khinzir tu dipersalahkan. Dia dah mati lama nyah. Kau elok kunyah. Sekarang nak cari tanah nak sagat lidah tu plak.” Ciap @Mulut_Cabai

Netizen Syak Sengaja Sebarkan Video Kerana Konten

Ciapan pemilik Twitter @Mulut_Cabai itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain, dan masing-masing berkongsi pandangan selebriti media sosial tersebut seolah-olah sengaja menyebarkan video tersebut kerana konten.

Bukan itu saja, ramai juga yang mempersoalkan mustahil selebriti media sosial berkenaan tidak nampak kandungan sandwich tersebut yang jelas mengatakan mengandungi perut babi.

Foto – Twitter

“Tuhh larr macam pelik.. Takkan tak baca kandungan sebelum ambil dan bayar.. Dah makan baru nak baca kandungan, macam saja jeerr nak buat konten.”

“Ini bukan kesilapan tapi lebih pada kebodohan yang dibuat-buat. Kalau silap sekalipun, silap yang disengajakan. Gigih siap buat video.”

“Tak nyah kan smoked bacon.. Raw ‘pork’ tu pun dah jelas nyata dan terang.. Ini lah pentingnya pendidikan Inggeris.”

“Sia-sia belajar Inggeris dari darjah 1. Sampai bumi England terus mencanak ketuanan Melayu sampai mata kabur baca perkataan Inggeris.” Komen mereka

Berani Sebar Aib Sendiri, Tanggunglah Kecaman – Netizen

Bukan itu saja, ada juga pengguna media sosial yang menegur dengan mengatakan selebriti media sosial berkenaan berani menyebar aib sendiri jadi harus berani terima kecaman orang ramai.

Norreen Iman Kongsi Tip Bahagia Tanpa Menyakiti Orang Lain, Netizen Teruja- "Hidup Ni Kalau Boleh, Sedarlah Diri"

Selain itu, ada juga yang memperli menjelang tahun 2022 ramai yang sibuk sebarkan kebodohan diri di media sosial.

Foto – Twitter

“Sesetengah orang jadi “macam lah korang tak pernah buat silap”. Kalau kau tahu, kau buat salah dan kesalahan tu boleh mengaibkan diri sendiri tak perlu nak bagitahu pada semua orang di media sosial. Jadi kalau diri sendiri berani sebar aib sendiri, sendiri tanggung lah kecaman. Normal lah.”

“Aku kalau dah termakan babi memang buat senyap jelah. Malu boh nak cerita dekat orang. Lupa zaman sekarang semua nak kongsi dekat media sosial.”

“Menjelang 2022 ni kan, zaman sebarkan kebodohan  sendiri jadi apa lagi sebarkan.” Komen mereka lagi

Apa pandangan anda tentang isu ini?

norreen imanpork bellySandwich
https://lomp.at/3oltb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore