Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Niat Baik Bertukar Kecoh, Wanita Cedera Dipercayai Dirempuh Orang Ramai Ketika Agih Angpao

by Noe
February 23, 2026
via reddit

via reddit

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan murni seorang wanita yang ingin berkongsi rezeki sempena Tahun Baru Cina minggu lalu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila suasana menjadi tidak terkawal, dipercayai akibat orang ramai berebut-rebut mendapatkan angpao yang diagihkan.

Menerusi satu perkongsian di Reddit, video tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian cheongsam berdiri di kawasan awam sambil menghulurkan angpao kepada orang sekeliling.

Pada awalnya, keadaan kelihatan terkawal. Namun situasi berubah dalam sekelip mata apabila semakin ramai mula menghampiri dan berebut untuk mendapatkan sampul merah berkenaan.

Trying to do a good deed for social media gone wrong.
byu/TheBotMadeThis inmalaysia

Suasana Jadi Tidak Terkawal

Dalam rakaman itu, kelihatan angpao yang dipegang wanita tersebut terjatuh ke tanah sebelum orang ramai tunduk dan cuba mengambil sebanyak mungkin.

Lebih membimbangkan, ada individu yang dilihat cuba menarik tangan wanita berkenaan walaupun angpao sudah tiada dalam genggamannya.

Insiden tersebut dipercayai menyebabkan kecederaan apabila wanita itu kemudian memuat naik gambar kakinya berbalut, dipercayai akibat dipijak atau dirempuh ketika kekecohan berlaku.

via Reddit

Netizen Berbelah Bahagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui niat wanita tersebut adalah baik, namun mempersoalkan kaedah pelaksanaan.

Ada yang berpendapat pengagihan bantuan di kawasan terbuka tanpa sistem yang teratur boleh mengundang risiko keselamatan, terutama apabila melibatkan golongan yang benar-benar memerlukan.

Beberapa individu yang pernah terlibat dalam kerja sukarelawan turut berkongsi pengalaman bahawa pengagihan barangan tanpa kawalan rapi boleh mencetuskan pergaduhan dan situasi tidak dijangka.

Dalam masa sama, terdapat juga komen yang menegaskan bahawa tindakan meraba, menolak atau merentap adalah tidak wajar walau dalam apa jua keadaan.

Pengajaran Buat Semua

Insiden ini membuka ruang perbincangan tentang kepentingan pengurusan dan koordinasi apabila melibatkan bantuan kepada komuniti ramai.

Tapak Niaga Bertukar Kontroversi, Bila Masa Laluan Awam Jadi ‘Hak Sendiri’?

Ramai mencadangkan agar usaha kebajikan dilakukan bersama badan atau NGO yang berpengalaman supaya aspek keselamatan dapat dijaga.

Niat yang baik sememangnya wajar dipuji. Namun dalam situasi melibatkan orang ramai dan keperluan mendesak, perancangan rapi bukan sekadar pilihan tetapi ianya merupakan satu keperluan.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bersama agar setiap usaha membantu dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, beretika tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

angpauberebutdirempuhisu keselamatanNGOsuara netizenwanita cedera
https://lomp.at/sup3f
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Diskaun 30% Yuran Universiti Australia! MARA Jimat Hingga RM300,000 Seorang Pelajar

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Berita baik buat pelajar tajaan luar negara, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya memperoleh diskaun yuran pengajian antara 20 hingga 30...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Parcel Bernilai Tinggi Dilapor Hilang, Netizen Persoal Syarikat Kurier

by Noe
February 11, 2026

Isu kehilangan bungkusan ketika dalam proses penghantaran kembali mencuri perhatian ramai apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat...

Read moreDetails
Insentif

RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

by Ayu Kamaruddin
February 27, 2026

Berita baik buat semua rakyat Sabah, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2026 diteruskan lagi tahun ini dengan bayaran RM200 sebulan,...

Read moreDetails
Insentif

MADANI Mart ‘On’! Kedai Murah Untuk Rakyat, Ini Yang Anda Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 6, 2026

Dalam usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, kerajaan tampil dengan satu lagi inisiatif baharu iaitu MADANI Mart sebuah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Hospital Sultanah Aminah Jadi ‘Sasaran’ Mercun, Tunku Idris Bersuara Di Threads

by Phic ARMAN
March 9, 2026

MURAI perasan sejak kebelakangan ini, ada satu isu yang buat ramai warganet menggeleng kepala. Mana tidaknya, kawasan hospital yang sepatutnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara