Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026
Foto - @therealmiasara (IG)

Foto - @therealmiasara (IG)

79
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai apabila tampil bersuara dalam podcast ‘Kita-Kita Aje‘ yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Menerusi podcast tersebut, Mia memaklumkan bahawa niat baiknya sebagai rakan selebriti yang mahu melindungi Balqis daripada kecaman telah disalah tafsir. Akuinya, ramai yang melihat cara penyampaiannya sebagai satu penghinaan kepada Balqis dan akhirnya ia mencetuskan kontroversi panjang serta menjejaskan kesihatan mentalnya.

View this post on Instagram

“Saya sebenarnya mengagumi Puteri Balqis kerana bakat lakonannya dan melihat apa yang dia lakukan sebagai satu bentuk seni. Namun keadaan disalah tafsir sehingga orang luar menganggap kami seolah-olah bergaduh.”

View this post on Instagram

“Isu ini berlaku ketika kami masih kanak-kanak, sekitar umur saya tujuh tahun. Tidak masuk akal untuk mengatakan kami mempunyai konflik besar kerana kami hanyalah budak-budak.”

Mia menekankan bahawa dia tidak pernah berniat mahu bercakap buruk mengenai Balqis dan hampir membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi dinasihati bapa untuk berdiam diri.

View this post on Instagram

“Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia memburukkan lagi keadaan.”

Pada masa yang sama, Mia turut mendedahkan salah faham tersebut telah membuat dia melalui kebimbangan yang teruk sehingga mencederakan diri sendiri.

“Saya dicaci dan dihina. Apabila Twitter menjadi kecoh, keadaan mental saya merosot. Saya merasakan semua orang membenci saya. Hidup dalam ketakutan, sering bercakap sendirian di tandas dan pernah berada di titik paling gelap dalam hidup sehingga mencederakan diri sendiri menggunakan pisau cukur.”

YouTube video

“Saya lalui semua itu secara senyap tanpa beritahu sesiapa. Pada masa itu, saya merasakan kesakitan tersebut adalah sesuatu yang layak saya terima. Semua ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya.”

Mia Sara Nasuha menerusi podcast tersebut, berharap Puteri Balqis Ashikin mendapat mesejnyya, bahawa kejadian berlaku ketika dirinya masih belum matang dan tidak berniat untuk memburukkannya.

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-"Seronok Kumpul Dosa.."
mia saramia sara nasuhaputeri balqisputeri balqis ashikin
https://lomp.at/l20v5
Share32Tweet20SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara