Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Niezam Zaidi, Pengarah & Pembantu Direman Dua Hari, Penerbit Tidak Akan Jamin!

Botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah turut dirampas.

by Khai Azfar
October 12, 2021
Share on Facebook

Sejak tengah malam Ahad, industri hiburan dikejutkan dengan penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah.

Produksi Gugurkan Nama Pengarah & Pembantu Pengarah 

Dalam laporan media pada Isnin, Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengesahkan bahawa pelakon Niezam Zaidi merupakan antara yang ditahan. Susulan itu, Syafiqa terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya berikutan disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

Ujarnya lagi, dia berasa terkilan kerana pengarah dan penolong pengarah tersebut seharusnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus manakala Niezam pula sudah tamat babaknya dan dibenarkan pulang usai menjalani penggambaran. Bagaimanapun, pelakon itu memilih untuk duduk di ‘homestay’ mereka bersama dua lagi individu tersebut.

Dalam pada itu, Syafiq turut berkata enggan mengikat jamin mereka malah mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem tersebut serta-merta.

“Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini.

“Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

“Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai,” katanya kepada portal Harian Metro

Seorang Suspek Ada Dua Rekod Jenayah

Dalam laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pelakon lelaki  itu serta pengarah dan penolongnya direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Topik Berkaitan Netizen Bengang, Kali Ini Sarah Yasmine 'Sondol' Bekas Kekasih Fify Azmi

Ketika ditahan ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki ganja dianggarkan seberat 1.45 gram selain syabu dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan dadah RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah turut dirampas.

Saringan ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah tetra hydrocannibol (TCH), methamphetamine dan amphetamine. Lebih mengejutkan,seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau masing-masing bersabit jenayah dan dadah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dadahNiezam Zaidipenahanan dadahpengarah kes dadah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  3. 3

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

  4. 4

    [VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara