Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Nikmati Penjagaan Rambut Bak Salon Jepun, AUBE Buka Kedai Di Kuala Lumpur

by Lisa Ghani
March 16, 2023
Foto - AUBE International Hair Salon

Foto - AUBE International Hair Salon

Share on Facebook

Tak perlu rasanya terbang sampai ke Jepun, semata-mata untuk membuat rambut. Walaupun, Jepun dikenali dengan pencetus teknologi terkini dalam dunia penjagaan rambut. Hal ini kerana kamu boleh menikmati pengalaman yang sama hanya di sini sahaja.

AUBE International Hair Salon telah membuka pintunya secara rasmi di Bangsar, Kuala Lumpur. Dengan tumpuan untuk menyediakan penyelesaian penjagaan rambut dan ruang kecantikan yang selesa, AUBE berbangga untuk membawa jenama perkhidmatan rambut mewah dan mampu milik kepada pengguna Malaysia.

Foto – AUBE International Hair Salon

Ditubuhkan pada 2009, dengan ibu pejabat yang terletak di Aoyama Tokyo, AUBE International Group mengendalikan lebih 250 salon rambut kecantikan di Jepun dan 15 di peringkat antarabangsa, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Taiwan, Hong Kong, Vietnam dan Singapura.

Ini AUBE International Hair Salon tawarkan

Pelanggan boleh mengharapkan rangkaian penuh perkhidmatan rambut, termasuk menggunting, mewarna, mengerinting, penggayaan, rawatan penjagaan rambut dan spa di salon. Di mana kesemuanya menggunakan produk dan teknik terbaik yang dibawakan dari Jepun.

Foto – AUBE International Hair Salon

Salon ini juga menawarkan perkhidmatan bilik persendirian atas temu janji, membolehkan pelanggan berehat dan menikmati suasana salon peribadi senyaman mungkin.

Membawa kualiti yang sama dari Tokyo, salon ini mempunyai pasukan pendandan rambut terlatih yang berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian rambut yang sempurna kepada pelanggan.

Foto – AUBE International Hair Salon

“Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman kecantikan rambut Jepun bertaraf dunia kami ke pasaran Malaysia. Kami percaya bahawa jenama unik penjagaan rambut mewah kami, digabungkan dengan kepakaran pendandan rambut berbakat kami, akan menjadi pengubah permainan dalam industri penjagaan rambut Malaysia,” kata Kazuhiro Sakai, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas AUBE International Group.

Jadi, kalau kamu mahu rasai pengalaman mahal ini. AUBE International Hair Salon kini dibuka untuk perniagaan, dan pelanggan boleh membuat janji temu.

Dengan tumpuannya untuk memberi rawatan penjagaan rambut Jepun yang berkualiti tinggi, AUBE International Hair Salon bersedia untuk menjadi destinasi utama untuk penjagaan rambut di Bangsar, Kuala Lumpur dan seterusnya.

Foto – AUBE International Hair Salon

Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.aube-my.com.

aube international hair saloonsalon jepun
https://lomp.at/r929o
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara