Sunday, August 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Semakin Murah! Ini Rumah Michael Jackson Dijual RM127 Juta

by Phic ARMAN
March 11, 2019
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya nama mendiang Michael Jackson kembali menjadi sorotan gara-gara lagu-lagunya diharamkan untuk diputar beberapa stesen radio sekitar New Zealand dan Kanada. Hal ini terjadi gara-gara tuduhan pedofilia yang pernah dikenakan terhadapnya suatu masa dahulu.

Namun kali ini, bukan itu yang penulis mahu war-war kan, tetapi kediaman Michael Jackson yang inda siap dilengkapi zoo mini dan taman tema. Rumah ini pernah dijual pada tahun 2015 tapi masih tidak ada pembeli.

Siap ada taman tema sendiri. Tapi kalau tiada orang duduk, apa jadi dengan taman teman tema ni ya?

Pada awalnya rumah ini dijual US$ 100 juta (RM400 Juta), namun kerana tak laku maka di bulan Februari 2019 rumah ini dijual kembali dengan harga yang lebih murah alias US$ 31 juta atau sekitar RM127 Juta.  Masih mahal!

Untuk info, rumah yang dulu dinamakan Neverland Ranch itu pernah didiami oleh sang Raja Pop selama 15 tahun hingga dia meninggal dunia. Rumah ini memang sangat sesuai  untuk dijadikan sebagai tempat berhibur lantaran ia memiliki pemandangan yang luar biasa indah.

Jom lihat selok-belok rumah Michael Jackson ini.

Di kawasan perkaranag rumah Michael Jackson memang luar biasa indah. Mirip taman-taman di filem-filem fantasi. Ditambah lagi dengan penampakan bangunannya yang unik dan klasik juga membuat kita terasa berada di dunia dongeng.

Kolam renang berkonsepkan danau

Ini dia salah satu spot unik di Sycamore Valley Ranch, sebuah kolam renang yang mempunyai bentuk seperti danau! Di sisi kolam renang, ada ornamen batu yang memperkuatkan kesan natural di tempat ini di tambah lagi dengan banyaknya pepohonan.

Jangan berfikir bahawa zoo mini di rumah Michael Jackson ini kandang biasa. Zoo Mini di sini suasananya di petting zoo mewah. Jarak antara haiwan-haiwan dan pengunjung sangat dekat, dan pengunjung juga boleh memegang haiwan-haiwan itu.

[FOTO] Antara Artis Terkenal Yang Gagal Pembedahan Plastik - Ada Yang Suntik Minyak Masak Ke Muka!

Seperti apa agaknya rekaan dalaman rumah yang unik ini? Ternyata dalamnya begitu rustik. Dinding batu-bata ekspos berwarna mera dan siling bermotif kayu dan begitu pula dengan lantainya.

Unsur natural itu diperkuat lagi dengan pemilihan perabot yang bertemakan kayu atau rotan. Terdapat bangunan terpisah yang ternyata digunakan sebagai panggung mini sekaligus studio tarian. Dari jauh, bentuk bangunannya unik dan berbentuk segitiga.

Yang pasti luas bangunan itu mencapai 500 meter persegi. Selain boleh difungsikan sebagai pawagam, tempat ini juga boleh digunakan untuk pertunjukan opera.

Permandangan rumah Michael Jackson ini sangat memukau kerana letaknya saja sudah dikelilingi alam sekitar. Anda boleh melihat pergunungan dan hamparan rumput berwarna hijau. Pastinya, sekali datang ke sini  boleh hilangkan tekanan.

Itulah penampakan rumah yang dulu jadi tempat tinggal Michael Jackson. Berminatkah untuk membeli rumah ini?

michael jacksonNeverland RanchRM120 Juta
https://lomp.at/b2czq
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem